Friday, June 29, 2007

Munirah, usrah dan wacana

Ada seorang teman jauh, maksudnya tidak dikenali dengan dekat, meninggalkan ulasan ringkas di kaki coretan lalu Dialog, diskusi dan usrah. Katanya, dia pernah menulis e-mel kepada saya tetapi tanpa balasan. Lalu saya menyemak kembali apakah benar saya terlupa, atau enggan, menjawab e-melnya.

Ya, memang pernah seseorang bernama "Munirah", kalaulah dia itulah Munirah yang sama, menulis e-mel kepada saya pada tahun 2002 -- selepas, dan sebagai reaksi, artikel saya Anak muda tidak mungkin berwacana. Sebagai menebus kegagalan saya tidak menjawab e-melnya dulu, saya dedikasikan coretan ini buatnya dan teman-temannya yang berdiskusi di kelas UBU (Universiti Bangsar Utama) lima tahun lalu.

Saya masih ingat, persoalan ini juga didebatkan dengan teman Rahmat Haron sewaktu dia membahaskan persoalan diskusi, sumbang saran, wacana yang pada hakikatnya "sama sahaja". Di satu sisi, memang ada benarnya. Sayangnya, kritiknya tidak diterbitkan walau saya sudah bersedia dengan "reaksi balas" terhadap ulasannya tersebut.

Coretan ini tidak berhasrat mengungkitkan cerita lama. Tetapi ada baiknya juga kita menilai kembali, mengimbas perjalanan usia (termasuk naik turun perkembangan intelek sendiri) dalam persoalan ini. Coretan retrospektif yang bersifat menerobos ke ruang diri, mengintai dan mengintip kecuaian, dan juga peningkatan, dalam tempoh tersebut.


[ii]

Saya mulakan dengan semangat liberal warisan Pencerahan seperti diungkapkan oleh ahli akademik dalam bidang sejarah dan falsafah sains, Alfred I. Tauber (hal 4):

.... the key components of the Enlightenment: celebration of an unfettered reason; the relentless questioning of authority and doctrine; the promotion of individuality and free-choice; the centrality of selfhood and moral agency; the confidence in progress; the sanctity of secularism. In short, these precepts, refracted into the worlds of politics, law, social mores,and perhaps most evidently in theology, marked modernity’s coming of age.

Di hujung makalahnya (hal. 14-15), selepas menjelaskan dilema dan kerenggangan sains moden (positivis) dengan sains kemanusiaan-sastera (termasuk agama) yang diwarisi sejak abad ke-18 hingga abad ke-20, Tauber menyebut:

.... human reason apparently has a basic property, one demonstrated by myriad psychological and cognitive studies: Coherence of experience, coherence of belief, coherence of understanding seems to be a basic property of the human mind. Freud discovered numerous defense mechanisms to hold the psyche together; cognitive scientists have demonstrated the ability to screen out or forget data or experience conflicting with more dominant experience; and metaphysicians jealously guard their presuppositions to hold their world together.


[iii]

Dua kutipan di atas saya maksudkan: Berwacana, berdialog atau berdiskusi serius, yang menyedari tugas fikiran untuk menyiasat sesuatu persoalan dengan bebas dan cair; di samping itu menyedari juga kekangan kelaziman yang menguasai tabiat fikiran, habit of mind, kita sendiri. Termasuk, tentunya, kepalsuan logika atau kesilapan kategori tanggapan, catogory of perception.

Artikel saya yang dulu itu memanglah ada cacat celah di sana-sini, seperti benar sekali kritik Rahmat itu dan teman-teman lain, termasuk (e-mel kedua) Munirah. Saya tidaklah pula bercadang mempertahankan diri daripada kritik-kritik itu, atau menjawabnya. Bagi saya, yang berlalu itu biarlah berlalu, tidak eloklah diungkit-ungkitkan lagi kecuali atas kesediaan bersama untuk merenung diri demi kemajuan masa depan.

Jadi, artikel kali ini hanya bertujuan menghuraikan lagi (sedikit) beberapa isi yang saya fikir masih relevan -- apatah lagi selepas usia Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) yang kerap pula menganjurkan Diskusi Warong, secara "rasmi" dan tidak rasmi, kurang lebih berusia lima tahun.

Kebetulan fokus blog ini sekarang masih lagi meminjam artikel lama itu, maka saya kira berhak untuk saya (dan pembaca umumnya) untuk membahaskannya. Jika ada gunanya, artikel ini boleh dijadikan bahan renungan baru untuk memperbaiki lagi mutu diskusi-diskusi serius kita.


[iv]

Dalam artikel tersebut, saya menekankan "peresahan intrinsik", perenungan yang mendalam, sebati dan semula jadi dalam diri terhadap sesuatu persoalan. Sekira-kiranya persoalan itu mendarah daging dengan diri kita sehingga ia menjadi begitu cair -- kalaupun bukan jawapannya yang berjaya diungkap dengan cair dan lancar, sekurang-kurangnya "permasalahan" itu sendiri berjaya dirumuskan dengan lancar dan cair.

>>> Sedikit sebanyak, saya cuba menggambarkannya di sini: Usrah, kecairan dan kebekuan dan juga Usrah tidak mendisiplinkan fikiran (dalam konteks berusrah)

Yakni, sesuatu persoalan itu telah berjaya dirumuskan dengan baik. Tentulah perumusan sesuatu pokok persoalan melibatkan usaha berat -- pembacaan dan diskusi yang serius pula. Jarang sekali usaha sebegini bersifat sepenuhnya peribadi, saya kira.

Yakni, sesuatu idea itu bertukar obsesi yang "melekat pada otak" kita -- bukan lagi semata-mata "fikiran" tetapi telah menjadi tubuh dan tingkah laku. Maksud saya, persoalan yang mendarah daging seperti dihuraikan oleh Karl R. Popper dalam bukunya Knowledge and the Body-Mind Problem.

Yakni, ia menjadi "nyata", bukan sekadar tiruan, fotokopi atau buat-buat tetapi mesra dengan alam fikir kita sehingga pengucapan idea itu tidaklah tergagap-gagap.

>>> Cabaran inilah yang paling besar (apakah ini puncak tertinggi diskusi?) untuk kita capai dan didik agar diskusi mencetuskan kesemulajadian kegiatan berfikir, dan diskusi sebagai medan perkongsian kesemulajadian tersebut. Pokok persoalan tumbuh menjadi keprihatinan yang berakar umbi di dasar fikiran.

Entahlah, Munirah, saya hanya mampu menggambarkan keintimannya sahaja tetapi nampaknya tiada lagi huraian yang lebih halus, perinci dan lengkap selain beberapa perenggan di atas, bahagian [iv].


[v]

Bagaimanapun, jangan pula kita salah faham bahawa kesemulajadian obsesi berfikir itu bermakna "penyelesaian" sesuatu masalah, kebernasan sesuatu idea yang dilontarkan atau "puncak kebenaran". Kesemulajadian itu sekadar ruang seluas-luasnya, dan juga dalam, yang pernah dicakupi oleh fikiran berkenaan topik persoalan tersebut. Persoalan dinilai dari banyak sisi, termasuk yang rumit serta ruwet, bukan lagi lapisan atas atau sambil lewa.

Dalam pengalaman saya -- sebelum atau sewaktu menyediakan Anak muda tidak mungkin berwacana hingga saat ini -- anak muda selalunya, umumnya (yakni: bukan semua) gagal mencapai kesemulajadian tersebut. Bagaimanapun kenyataan saya ini tidaklah pula bermakna mereka yang telah "banyak makan garam" berjaya.

Persoalan yang tersisa daripada pengamatan saya ini ialah: kenapa dan bagaimana kegagalan ini boleh terjadi? Apakah anak muda enggan berfikir serius, enggan "menggeluti" sesuatu persoalan, enggan memerah akal fikiran terhadap sesuatu persoalan yang "mujarad"? Atau, anak muda masih sangat mentah sehingga dia/mereka tidak tahu apa-apa tentang berfikir serius dengan berfikir main-main? Atau, beban yang dipikul anak muda sekarang terlalu besar sehingga ruang "menggeluti" sesuatu persoalan itu sudah tidak mungkin sama sekali? Atau, memang anak muda hilang stamina untuk berlama-lamaan dengan sesuatu persoalan akibat gerak zaman ini yang menuntut kesegeraan dan kepantasan?

Atau, mungkin, seperti ungkap Tauber dalam kutipan keduanya di [ii] bahawa anak muda kita sudah terlalu "selesa" dengan tabiat fikirannya yang sedia ada sehingga mereka tidak mungkin melakukan sesuatu modifikasi radikal terhadapnya (fikiran) demi mencipta kesemulajadian itu?

Oleh itu, mereka tidak ada motivasi, apatah lagi stamina, untuk meneroka ruang tersebut? Ya, saya sendiri meninggalkan persoalan tersebut di sini Akar umbi 'pembodohan' Umno.

Saya tidak ada jawapannya, ... maka serahkan kembali persoalan ini kepada Munirah, dan pembaca-pembaca.

Wednesday, June 27, 2007

Dialog, diskusi dan usrah

Selama ini keghairahan saya bermula dengan isu pendidikan, ilmu, intelektualisme, budaya kampus -- dan bagaimana mendorong kita berfikir, juga apakah yang mengelabui sudut-sudut pemikiran kita.

Dalam perjalanan sederhana panjang itu, sejak lewat remaja, sejak beberapa tahun berusrah, obsesi saya ini terus berkembang -- daripada buku Budaya Ilmu (Wan Muhammad Nor Wan Daud, terbitan awal, bukan Penjelasan Budaya Ilmu), Intelektual Masyarakat Membangun (Syed Hussein Alatas), Faham Ilmu: Pertumbuhan dan implikasi (Idris Jauzi, ed.) kepada subjek Sejarah dan Falsafah Sains dalam Islam (ITM, 1991) kepada buku-buku pop pengurusan seumpama Joel Arthur Barker, Paradigms: The business of discovering the future dan juga Peter Senge, The Fifth Discipline.

Sehinggalah saya cuba menyelami "analisis wacana", "ruang awam" Jurgen Habermas, "semiotik" dan sejumlah artikel tentang fikiran kritis dan kepalsuan logik (dan juga teori penghujahan). Seingat saya, sudah lebih 20 tahun minat ini bergejolak di dalam diri saya. Ia menjadi keghairahan tentang ilmu dan epistemologi, tentang sains dan falsafahnya, tentang budaya membaca dan intelektualiti bangsa.

Ada sesuatu yang berguna saya pelajari dalam perjalanan akal sepanjang tempoh itu, walaupun tidak semua buku-buku bacaan saya itu bermutu dan "besar", sekurang-kurangnya sebagai pencari kepuasan intelek seorang diri tanpa teman dan panduan, saya berasa bangga dengan ketekalan semangat saya itu.


[ii]

Tidak banyak artikel yang berjaya dihasilkan daripada sejumlah pengetahuan yang ada, sementara yang sedikit itu pula jauh daripada memuaskan. Apatah lagi, sebahagian besarnya tidak berada dalam format digital.

Beberapa artikel terkini yang boleh dirujuk termasuklah: Siswa perlu 'bahasa baru', Wacana 'gelap' Melayu, Akar umbi 'pembodohan' Umno dan juga Ancaman pembiusan agama.

Mungkin anda pernah membacanya. Sama ada faham atau tidak, terpulang kepada anda untuk menyelaminya, khususnya dengan beberapa pautan yang saya sediakan di bahagian [i] artikel ini.


[iii]

Artikel saya kali ini mahu menyentuh secara spontan dan seimbas lalu maksud, perjalanan dan inti dialog atau diskusi (dan tentunya usrah termasuk dalam format tersebut).

Kecelakaan yang sering menimpa kita, termasuk teman-teman dan saya, kita adakan/lalui proses-proses dialog, diskusi atau wacana tanpa kefahaman mendalam tentang hal-hal tersebut dan semuanya itu menjadi proses bertukar kata-kata dan buah fikiran semata-mata.

Proses sembang dan bercakap-cakap yang liar atau tidak berhala. Bukan proses belajar, bukan proses menyelami, berfikir dan memahami, tetapi proses bertukar-tukar untuk melambakkan pengetahuan. Proses mencampak pengetahuan dari mulut pengucap untuk disambut telinga pendengar. Ia bukan proses menyemak diri (si pengeluar idea) dan proses menyemak hujah (bagi si pendengar).

>>> Proses ini lebih dekat dengan kegiatan "sembang", dan kalau kita bercadang menegakkan hujah (termasuk benang basah kita), proses pertukaran kata-kata ini lebih mudah disebut "diskusi", dan bukan dialog. Sewaktu Habermas menyebut "demokrasi yang dialogical (akar kata dialogue) atau discursive (akar kata discourse, atau wacana)", beliau maksudkan pertukaran idea, kata, maklumat untuk saling memahami, saling menyemak diri dan lawan bicara, demi mencapai suatu tingkat kefahaman (dengan etika wacana, discourse ethics, tertentu pula).

Diskusi tidak sama dengan dialog. Diskusi lebih ke arah penghujahan untuk meraih hujah yang lebih kuat (ke arah menegakkan hujah, demi meraih "kemenangan" berhujah); sementara dialog ke arah saling memahami, saling menyelami yang tersirat bawah idea seseorang.

Tetapi elok juga jika kita gabungkan dialog dengan diskusi menjadi usaha saling memahami untuk mencari titik kefahaman (ilmu, idea) yang lebih bernas.

Pertama kali saya belajar proses dialog untuk tujuan pembelajaran (diri dan kumpulan) sewaktu membaca buku Peter Senge, The Fifth Discipline. Kurang lebih tidak jauh huraiannya daripada artikel David Bohm dalam makalahnya "On Dialogue" (1998). Huraian Senge sila baca di sini.

Yakni, dialog memerlukan etika, kesedaran, tanggungjawab dan kejujuran (di dalam diri) untuk membongkar "lantai berhujah" (atau premise) atau "andaian" (atau, assumption) diri kita sendiri sehingga kita berkata sedemikian.

>>> Untuk memahami maksud "lantai berhujah", lihat cara saya menganalisis wacana "Melayu perlu bersatu" dalam artikel Wacana 'gelap' Melayu.

Termasuk, sewaktu kita mengemukakan soalan-soalan tertentu. Ada sesuatu idea atau sejumlah alasan (motivasi) yang menggerakkan kita bertanya sesuatu. Setidak-tidaknya, ada tujuan tertentu. Atau, kenapa persoalan itu dirumuskan sedemikian rupa -- tentulah ada yang tersirat di sebaliknya.

Jadi, bukan hanya penyataan biasa, atau statement, yang menyembunyikan lantai berhujah tetapi semua bentuk penyataan, termasuk pertanyaan, menyimpan sejumlah/serangkaian idea lain.

Tanpa lantai berhujah, kita tidak berfikir secara rasional, logikal dan kritis. Malah, mungkin otak kita bercelaru sehingga kita tidak tahu apakah landasan yang menggerakkan kita sehingga mengeluarkan penyataan atau pertanyaan tertentu.

Misalnya kita berkata: "Melayu malas membaca". Ia bukan satu fakta yang sah. Kemungkinan besar kenyataan ini diambil daripada pengalaman. Malah, jika kita lebih kritis, kita seharusnya bertanya, apakah maksud "membaca" di sini? Membaca buku? Membaca akhbar? Membaca e-mel?

Jadi, kalau kita ingin belajar, ingin mencungkil sesuatu yang kita sedar (atau tidak sedar) bawah pemikiran kita, kita harus membenarkan lantai berhujah kita dibangkitkan lawan bicara kita.

Seelok-eloknya kita menyebutkan lantai berhujah tersebut kepadanya agar dia boleh memahami niat, konteks, sandaran idea yang tersirat di sebalik sesuatu penyataan kita -- misalnya, tadi, "Melayu malas membaca".

>>> Yakni, membuka dasar-dasar idea untuk disemak, untuk diterokai bersama dalam kumpulan perbualan kita. Proses penerokaan ini, bagaimanapun, bukan macam sesi sumbang saran, brainstorming, yang terbuka dan terlalu longgar. Penerokaan dalam dialog ke arah mencapai kefahaman yang lebih mendalam, mencungkil sesuatu siratan idea tersembunyi, mengetatkan idea longgar, dan membuang idea lemah/tidak relevan.

Beginilah proses dialog, proses menyemak diri, proses belajar, proses menilai kedangkalan diri sendiri. Kita tidak akan dan tidak boleh defensive, yakni menyembunyikan lantai berhujah kita sehingga menyulitkan lawan bicara kita memahami maksud sebenar/tersirat yang terkandung dalam penghujahan kita.

Kaedah sedemikian, kaedah dialog seumpama ini, lebih dekat dengan usaha mencari kebenaran dan kebernasan hujah. Sementara orang politik, atau hujah politik demi tujuan propaganda, sering menyembunyikan lantai berhujah agar sandaran-sandaran menjadi kabur dan tidak dipersoalkan orang ramai.

Contoh yang saya sebutkan "Melayu perlu bersatu". Lantai-lantai berhujahnya yang "lompong" dan "palsu" itu sengaja disembunyikan demi mengangkat diri sebagai pejuang Melayu yang menyeru kepada kebaikan (yakni: bersatu), dan mungkin juga ingin menunjukkan parti lawan (pembangkang) tidak berminat dengan "perpaduan", oleh itu punca pecah-belah dalam masyarakat.

Oleh itu, jika kita ingin memahami wacana politik dan membedah sesuatu wacana (termasuk propaganda pembangkang dan kerajaan), kita mesti bersedia untuk membongkar lantai-lantai penghujahannya, bersama konteks wacana itu dikemukakan, termasuk pemilihan kata-kata khas (label, istilah khusus atau terminologi) yang selalunya membawa dampak emosi (kata-kata yang bernilai emotive).

>>> Tentang propaganda kumpulan Islam dalam isu "Islam liberal", lihat analisis saya di sini Taktik kepungan minda ummah.


[iv]

Bagaimanapun, tidak semua penyataan kita itu, misalnya "Melayu suka hiburan", kita luahkan dengan teliti setelah berfikir berkali-kali. Apatah lagi selepas membuat kajian. Kebanyakan kenyataan kita, sewaktu kita asyik bercakap dan memajukan hujah kita, tidak kita semak kembali, andaian tanpa semakan, unchecked assumptions.

Jadi, sebetulnya banyak sekali tersembunyi dan tersirat andaian-andaian yang tidak disemak dan dikaji berselirat dalam fikiran kita, underlying, hidden assumptions, sehingga ia menjadi wacana (kita sebut "buah fikiran" atau "analisis").

Misalnya, "Melayu suka hiburan", apakah membawa maksud hanya orang Melayu yang tergila-gilakan hiburan, sementara bangsa-bangsa lain di dunia ini tidak menggemari hiburan? Hiburan jenis apakah yang sebenar-sebenarnya maksud kita itu? Program hiburan di TV atau berita hiburan di akhbar?

Beginilah sulitnya pemikiran apabila luahan kata tidak diteliti dengan halus dan cermat. Sehingga sesuatu perkataan tidak diberikan batasan atau tidak dinyatakan skop atau takrifnya. Misalnya dalam ayat "Melayu suka hiburan", perkataan "hiburan" itu maksudnya apa?

Sering juga kita mengandaikan (andai lagi!) semua orang faham. Tidak tidak sedar dalam disiplin berfikir, disiplin menganalisis, seperti disiplin akademik, kita tidak boleh mengeluarkan penyataan yang terlalu bebas dan longgar. Kenyataan seumpama itu disebut generalization atau sweeping statement.

Jadi, kita harus berhati-hati sewaktu berfikir seorang diri, khususnya sebagai penulis blog atau anggota usrah, agar tidak terperangkap dalam kedangkalan, kelonggaran dan kebodohan berfikir walaupun ilmu pengetahuan kita banyak ibarat segudang perpustakaan. Perpustakaan hanyalah setor pengetahuan; bukan fikiran yang tahan uji dan mantap!

Sebab itu, kita mesti mengajar diri sendiri dan teman-teman perbualan kita seni berdialog -- yakni seni membuka diri untuk dinilai, seni menyemak lantai berhujah, mengkaji semula keabsahan/kesahihan sesuatu lantai berhujah yang membentuk idea kita.

Selagi kita gagal membina sikap dan disiplin ini (saya suka sebut "disiplin ilmiah"), selagi itulah usrah kita, dan komunite kita akan menjadi sarang tempat membiakkan kebodohan, atau kedai fotokopi pengetahuan, tempat menjaja-mengutip pengetahuan tetapi bukannya makmal wacana, bukannya bengkel idea.

Ingat! Sesiapa sahaja tanpa kecuali dalam waktu-waktu tertentu, ketika membahas sesuatu topik perbualan, boleh terjerumus dalam kebodohan ini.

>>> Artikel-artikel lain yang berkaitan: Usrah tidak mendisiplinkan fikiran, Usrah, kecairan dan kebekuan dan juga (lebih umum) Usrah jadi ‘rutin rasmi’, maka ia gagal?

Tuesday, June 19, 2007

Usrah, akal & iman

Usrah tidak mengutamakan kajian buku yang berat, besar, serius dan mendalam -- mungkin kerana kumpulan diskusi ini dianggap bukan tempat berilmu, belajar dan mengkaji. Tugas ini tugas akal, atau institusi pengajian.

Usrah sering disebut lokasi sel asas pertubuhan Islam untuk mencapai "kebulatan" manusia Islam yang berjuang -- membentuk akhlak, komiten kepada ajaran agama, menguasai asas-asas agama & dakwah, sekali gus bukan ruang teori dan bukan pula ruang debat.

Usrah ruang "ringan-ringan" tentang al-Qur'an, hadis, muhasabah dan isu-isu semasa. Ruang "ringan-ringan" ini tidak pula digelar ruang laih (mediocre), baik dalam bidang pemikiran, olahan isu atau belajar.

Anak-anak usrah yang diajar beramal dengan Islam dan sekali gus mengajak manusia beramal dengan Islam menjadi rangkaian sel tempat kefahaman Islam yang "ringan-ringan" disebarkan secara meluas -- ke tengah-tengah masyarakat.

Mungkin gerakan Islam atau "jemaah" melihat ahli-ahli usrah dan anggota masyarakat tidak layak didedahkan dengan pemikiran yang lebih sophisticated, ruwet, serius dan berat kerana beban seumpama itu tidak sesuai dipikul mereka.

Tabiat usrah seumpama ini seakan-akan pergerakan komunis, dalam perspektif ekonomi dan produktiviti, untuk "sama-sama mengagih-agihkan kemiskinan" (material), bezanya usrah menjadi "sama-sama mengagih-agihkan kemiskinan" (ilmu dan akal).

Tabiat usrah seumpama ini bukan kaedah kerja yang pro-usahawan dan pro-produktiviti dalam sistem liberal, kapitalis atau Protestanisme. Sistem ini mengutamakan kerja keras individu (usahawan) untuk memajukan diri, mengurangkan kos, mengutamakan individuality dan sekali gus meningkatkan produktiviti diri (pekerja) dan syarikat.

Fundamentalisme agama (satu cirinya dilambangkan dengan kegiatan usrah), dalam beberapa sisi, memang tidak jauh bezanya daripada gejala komunisme ("meratakan kemiskinan"), kediktatoran (pemusatan kuasa atau authority -- dalam kes usrah, authority ilmu) atau Katolikisme (birokrasi tebal yang berlapis-lapis dan "orang tengah").

Cuba fikirkan, apakah tuduhan saya ini salah 1oo peratus?


[ii]

Mungkin jawapan yang lebih tepat untuk merombak usrah bukannya menambahkan bilangan buku yang dibaca atau menukar judulnya menjadi lebih serius dan "berbobot" (kata orang Indonesia). Sekalipun mereka mengkaji filsafat atau buku teori yang tebal, sarat dengan perbahasan pelbagai aliran -- belum tentu usrah berjaya mengatasi ketumpulan minda atau kekontangan ilmu.

Reformasi usrah, seperti jawapan saya kepada seorang penggiat usrah di luar negara, bukanlah pembacaan serius. Buku, malah buku falsafah (sekalipun!), bukanlah jawapan kepada kedangkalan fikiran ahli usrah tentang hal-hal semasa, analisis bangsa dan cabaran kontemporari.

Saya lihat ahli-ahli akademik (juga, teman-teman dekat dan jauh) yang membaca teks falsafah, atau ada tabiat mencintai pembacaan buku, tidak juga menjamin ketajaman fikiran, kebernasan analisis, keaslian sisi pandang dan kekreatifan luahan fikiran (bahasa).

Tabiat berfikir bukan memindahkan maklumat, bukan budaya copy-and-paste, bukan mengulang semula seperti ajukan burung kakaktua. Berfikir suatu proses seperti mencanai -- menghasilkan sesuatu yang "baru", walaupun tidak semestinya 100 peratus baru atau asli.

(Dalam ungkapan lain, saya sebut "mendisiplinkan fikiran" atau "mencairkan fikiran". Saya belum lagi dapat merumuskan, dan menghuraikan, dengan lebih anjal dan mendalam persoalan ini tetapi, jika saya dapat, saya akan menulisnya di sini)

Sebagai pewaris kebudayaan dan alam fikir generasi sebelumnya (juga lingkaran zaman ini), mungkin tiada lagi yang "asli", semuanya itu simulacrum (dan simulasi), kata Jean Baudrillard!

Saya tidak mengimpikan buah fikiran yang "100 peratus baru" tetapi persoalan lama (lazim) boleh diolah semula dari sisi pandang yang berbeza, dan diungkapkan dengan perkataan dan susunan kata yang berlainan (daripada yang pernah terakam dalam sejarah lautan warisan pengetahuan manusia).


[iii]

Jadi, kalau begitu, apakah yang boleh mereformasikan usrah, khususnya di kalangan orang Melayu?

Saya fikir, buat masa ini, untuk mereformasikan usrah supaya anggota-anggotanya ghairah menimba pengetahuan dan ghairah pula beraktivisme awam -- kita perlu merumuskan "epistemologi usrah".

Yakni, merumuskan kembali kefahaman kita tentang "ilmu", iman dan "amal"; merumuskan kembali persoalan "akal", "wahyu", "hidayah" dan "hati".

Misalnya, apakah benar membaca buku itu sekadar menajamkan akal, atau "kepuasan berteori", tetapi tidak menambahkan iman atau tidak menolong membaiki akhlak, sakhsiyyah ahli-ahli usrah?

Dengan kata lain, "kesedaran diri" manusia dan "rasa tanggungjawab diri" yang mendalam itu datangnya daripada mana? Dari hatikah? Dari imankah? Dari hidayah yang dicampak Tuhankah? Atau dari mana, sebenar-benarnya, tenaga atau motivasi manusia untuk beriltizam (committed) dengan sesuatu ajaran?

Isu inilah yang gagal digali oleh naqib atau naqibah, oleh penggiat-penggiat usrah, dan juga pemikir-pemikir teori bergerak dalam amal Islami. Orang pergerakan tidak berjaya mengolah persoalan ini ...

Persoalan yang saya sengaja bentangkan pada sahabat, dan guru saya, Abu 'Urwah @ Saari Sungib sewaktu beliau ghairah dengan fiqh al-waqi' di Ummahonline.com dan, setahu saya, belum dijawabnya. Mungkin seperti juga lazimnya manusia usrah apabila dihadapkan dengan pertanyaan seumpama itu, Saari menganggap soalan saya itu sia-sia!


[iv]

Kurang lebih, sebagai menjawab dasar persoalan waqi' (atau realiti semasa) yang ditujukan kepada aktivis Islam agar mengamalkannya, pertanyaan saya kepada Saari itu seperti berikut:

Cuba jelaskan ketegangan dan hubungan antara nature dan nurture, antara objek dan subjek, antara tubuh dan fikiran, dan juga, antara persekitaran (di luar diri) dan diri. Saya cuba menyalin semula pertanyaan saya ini (bersama premis-premis penghujahan saya) di laman web Ummahonline.com tetapi tidak bertemu. Mungkin sudah hilang atau rosak.

Kerana pertanyaan saya ini ada kaitannya dengan huraian (atau rumusan) yang dibangkitkan di bahagian [iii] di atas.


[v]

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pernah menulis begini:

Jika kelakuan anda dalam kehidupan menunjukkan kepada adanya Dia, maka yakinlah anda. Jika tidak… anda sebenarnya baru tahu… tetapi belum yakin.

Maka anda belum beriman, selagi anda belum mempersoalkan iman anda itu.. dengan kritis.

Saya menjawabnya di reaksi no 25 dan 26 (bawah tajuk Anti Slogan di Saifulislam.com):

Teman-teman khususnya di Komunite Seni Jalan Telawi, dan saya, percaya beriman itu suatu proses pencarian dan penerokaan (akal, ruh, diri); bukan warisan biologi dan juga bukan warisan pengetahuan.

Iman menjadi persoalan dan pergelutan “peribadi”, dalam diri, tersembunyi dan halus kerana ia bersifat mujarad (abstrak) dan subjektif. Di bahagian inilah memungkinkan — agak saya — Ustaz Hasrizal bersetuju dengan beberapa idea saya dalam artikel tersebut.

Saya tidak menjangka Ustaz bersetuju semuanya (seluruhnya) dengan artikel tersebut.

Sekali lagi, pada telahan saya, artikel saya tersebut mencetuskan suatu renungan baru di dalam diri Ustaz; khususnya persoalan menghalusi keyakinan (iman) diri kita dalam hubungannya dengan pengetahuan yang kita kumpul.

Iman tidak boleh melekat di dalam diri tanpa ilmu; tetapi … ilmu tidak akan mencetuskan iman jika kita tidak menyemak kembali ilmu tersebut, termasuk menyoal semula sejumlah pengetahuan yang kita kumpul.

Proses menyemak pengetahuan tersebut dipanggil “berfikir secara kritis” atau disebut autocritic atau “kritik diri”. Boleh juga dipanggil “muhasabah” tetapi bukan penilaian kembali dosa-pahala dan amalan kita.

Namun, penilaian kembali pengetahuan kita yang menjadikan kita “kenal” atau “faham” (bukan sekadar “tahu”) bahawa Allah itu tuhan di dalam diri kita.

Kalau tidak salah saya (minta Ustaz betulkan), satu hadis Qudsi menyebut: “Aku seperti mana hamba-hambaku sangkakan tentang Diri-Ku”. Ertinya setiap orang “memandang” (melalui akal) Tuhan masing-masing mengikut kadar kemampuan pengetahuannya.

Jadi, kalau kita susun semula kata-kata ini [“Aku seperti mana hamba-hambaku sangkakan tentang Diri-Ku”] dan maksudnya dalam bahasa sasterawi (literary) dan bukan harfiah (literal): Setiap orang ada Tuhan masing-masing! Dan … pada hemat saya, itulah yang disebut “iman” yang mengawal diri.

Ada pun selebihnya, ia disebut “kesedaran palsu” (dalam wacana pemikir Marxisme, Louis Althusser, disebut false consciousness) atau, bagi saya, “fiction” atau cereka — ia tidak benar dan tidak berjejak di alam nyata tetapi dirasa-rasakan (dalam logika diri) seakan-akan “benar”.

Contohnya mudah. Bandingkan satu keratan berita (akhbar) dengan sebuah cerpen. Kedua-duanya jenis karangan tetapi berita berasaskan fakta, namun cerpen hanyalah rekaan.

Tetapi seperti juga berita, cerpen itu memenuhi logiknya sendiri (internal logics) sehingga ia kelihatan seakan-akan hakikat yang nyata.

Contoh lain, filem dokumentari (katakan tentang ular) dengan filem Hollywood (katakan tentang cinta sepasang kekasih).

Sekali imbas, filem Hollywood ini seakan-akan benar, sama nyatanya dengan dokumentari tetapi pada batinnya suatu gubahan yang direka!

Iman boleh jadi sebuah berita atau dokumentari; dan boleh jadi juga cerpen dan filem Hollywood.

Semuanya itu tergantung pada proses kita menggali, jungkir-balik kata orang Indonesia, pengetahuan kita secara kritis sehingga ia bertukar “faham” (bukan “syak” atau “wahn”) yang bermakna di dalam diri.

Di sini, menurut tafsiran Karl R. Popper tentang “interactionism”, jasad (atau alam benda) telah menyebati dengan alam mujarad (pengetahuan). Di sini, pengetahuan atau imaginasi menjadi sebahagian daripada tubuh.

Dan di sinilah jawapan (teori) tentang hubungan antara ilmu, iman dan amal.


[vi]

Mungkin bahagian [v] di atas bukanlah jawapan yang baik untuk persoalan yang saya bangkitkan di bahagian [iii]. Sama-samalah kita fikirkan ....

Tuesday, June 12, 2007

Yusuf al-Qardhawi & malas membaca

Berikut saya terbitkan kembali kenyataan (terjemahan) yang dikatakan pernah ditulis oleh Dr Yusuf al-Qardhawi. Tidak semestinya saya bersetuju dengan analisa dan pandangannya. Tetapi sebagai renungan bersama, kita mungkin boleh bahaskan di sini:

Kekuatan akal kita disia-siakan

Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Kita tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri.

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

Sunday, June 10, 2007

Merdeka Conversation 2005

Wawancara dulu yang diterbitkan semula dari blog (lama) MyShinshin.

Shin: The British have left the country for 48 years, but many of their policies including the notorious Internal Security Act (ISA), divide and rule, restrictions on mother tongue education are still largely intact. In the aspects of press freedom and local election, it’s much worse than it was 48 years ago. In your opinion, are we truly independent?

Fathi Aris Omar: I guess the issue is becoming cliché, almost every year we ask and argue the same question – for instance, “are we independent”? [laughing] We have to recognise a simple fact that a democracy (or, politics in any country) is a complex, dynamic process. So if you have already achieved a comparatively freer political setting, it does not necessarily last long.

If you study the history of post-colonial Burma and the Philippines, you can see such dynamics. If you look at Indonesia’s post-Soeharto democracy, it will appear to you that a democracy is relative.

I am not an apologetic to Malaysian current state of political affairs now, but we can say that freedom has to be fought for over and over. It is not static, ‘given’ once and for all! Democracy, even when it is practised democratically, can have paradoxes, problems and contradictions. See Frank Cunningham’s The Theories of Democracy: A Critical Introduction (2003).

Shin: Many including former teachers in Malay College Kuala Kangar (MCKK) hold the opinion that, the level of national unity and academic results were much better when the medium of instruction was English. Once it was switched to Bahasa, it’s downhill all the way. Does this mean the national language cannot unite the citizens efficiently?

Fathi Aris Omar: I don’t think the issue is language, bahasa Malaysia or English. I prefer to say the pivotal issue here is democratic freedom. Read George Orwell’s brief comment on this issue, ‘Politics and the English Language' (1946).

For the New Order’s Indonesian control of language and thoughts, we may refer to this latest book, Social Science and Power in Indonesia (2005).

If you can’t express many things, if you cannot explore your creative freedom freely (literature, for example), if you have some ideas but no effective medium of public expression and exchange (no free press or academic freedom), if our society kills debate and critical thinking, if intellectuals fails (or refused) to challenge the powers-that-be (that is, no serious debates on matters of public importance), what is happening to our language?

I tend not to agree with the former teachers in MCKK. I guess they perceive these issues wrongly or narrowly. I notice bahasa Malaysia can be a medium of excellence too.

But when our freedom and democracy is slowly eroded, a decade after another (see this important dates: post-May 13, 1969, the 22-year rule under Dr Mahathir Mohamad and post-1998 political crises), what has happened to our language use and our thoughts?

Even English-speaking Malays and Malaysians, urbanites and professionals, are ’stupid’ (or: shallow, conservative, less critical and ignorant)!

Do you read ‘letters section’ of Malaysiakini.com – and do you think these English-speaking letter writers are ‘good’? Have you noticed how people express and argue in The Star, The New Straits Times and even Kakiseni.com?

Even those who study overseas (Malays or non-Malays) are more or less inflicted with this Malaysian disease of mediocrity! Language use is not about words and vocabulary. It is about ideas and how you relate, analyse, what’s is happening around you (societal realities).

Language and excellence are not spontatenous. People, here, assume (repeat: assume) English is more superior to bahasa Malaysia because the former language is more developed intellectually and internationally recognised.

But when you try to transmit the intellectuality of English to a less democratic environment (when you are subjected to unfair, conservative, undemocractic constraints) – it may have different impact. It is the context of intellectuality (or intellectual development) in a particular political climate that provides the excellence of language use (and, thoughts).

But language can be a good (and very effective, too!) tool for thought-control, propaganda and misinformation. See Murray Edelman’s The Politics of Misinformation (2001, 2004) and Pierre Bourdieu’s Language and Symbolic Power (1991, 2001).

If you ask some Malay intellectuals, who can use equally well bahasa Malaysia and English, e.g. Rustam A Sani, Hishamuddin Rais or Khalid Jaafar — they will agree with me. That is, nothing is special in English-speaking Malays’ (or, non-Malays’) discourse and understanding.

What I try to conclude is simple indeed — it is democratic freedom, not the language use, which hinders excellence.

You said: “Once it was switched to Bahasa, it’s downhill all the way.” But can you also notice the downhill of our democratic space?

Shin: Yes, definitely…

Fathi Aris Omar: So, I believe there is strong correlation between political authoritarism (especially the 22-year rule of Dr Mahathir’s) plus religious fundamentalism and thought-control and language use.

I try to explain, though still simple and inadequate, in some of my pieces in my Malaysiakini.com column, e.g. ‘Akar Umbi Pembodohan Umno’ (23 August 2003), ‘Politik dan Kejahatan Berbahasa’ (8 August 2005) and the most recent one ‘Kebodohan Umum di Indonesia’ (22 August 2005).

If you read my book Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (Feb 2005), you will notice that the issues are dealt with quite extensively.

I still believe, none the less, that my analyses are still superficial. I try to remind people that we have to deal with these issues (i.e. language, public discourse and thought control) because they are equally important in our democratic struggle; not cases of human rights violations only (for instance).

Shin: Many blame the racial politics and racist policies as main culprits for national disunity. However, even without these, the national schools do not necessarily become the premier choice. Does this mean national unity is difficult to achieve?

Fathi Aris Omar: I would like to say this way, after paraphrasing the above sentence
of yours a bit, “many blame the racial politics and racist policies as main culprits for less and less democratic space and the seeds of our national problems now, one of them is national disunity.”

Shin: Hey, so funny-lah you, we should bersyukur a bit so I thought it’s a good idea to save BN some face…

Fathi Aris Omar: Racial integration or racial unity? I don’t understand this issue and I think that arguing along these words “racial unity” is limited. We are trapped into thinking along “old” pair of glasses. “Old” here means “the dominant, the obsolete, the 1970s, the dying” language of analysing our national politics.

The real issue is — to my understanding — communal politics (or, communalism), where people voice their concern and rally public issues (or see themselves vis a vis the others) through race-based languages.

When you vote your wakil rakyats from your own ethnicity; when you prefer (without rational calculation) sale representatives, bureaucrates, editors or managers from your own race; when you prefer to form a race-based political parties and student groups (though, later you merge or form alliances); when you feel more secure and comfortable with your own race regardless of issues and contexts.

Race is the paradigm of politics. Just like when religion (in this case, Islam) becomes the political paradigm. They are like scientism or positivism, that is, the cognitive process of narrowing the realities (or, ‘truth’ or ‘objectivities’) via a single or mono-perspective.

The paradigm (race, religion or scientific school of thought) defines everything and shapes your priorities, taste (likes and dislikes), social values (the good, the bad, the ugly and the wicked) and other preferences. It breeds discrimination, exclusivity and stupidity (too!). The paradigm is the sole, the main or the most dominant criterion on your minds to see the world

The word “race” (and the derivatives, “racial”, “racism”, “racist” or “racialist”) has been made a politics of identity, a category of perception. But it is limited, constrained, distorted form of analysing national issues.

I am not saying it is not real; it is. But it is also hallucionary — something which is fluid, unstable and unfinished, yet has been made otherwise and unchallengeable.

The very ideas of the politics of control and propaganda are to change this relation (something fluid, unstable and unfinished so that it is seen [cognitively], concrete, stable and ‘finished’). See Roland Barthes’s Mythologies (1973).

Race, however you define it, is always hegemonic. It is always a form of control. Do you like to submit to and submerge under a Chinese community’s control? I don’t like a Malay (or an Islamic) community’s control over me. I am always suspicious of the majority.

I prefer Christopher Hitchens’s comment: “Well, no, I don’t think that the solidarity of belonging is much of a prize. I appreciate that it can bestow some pride, and that it can lead to mutual aid and even brother- and sisterhood, but it has too many suffocating qualities, and many if not most of the benefits can be acquired in other ways.” (see his book, Letters to a Young Contrarian, 2001).

Shin: Social contract which was created prior to independence has become the buzzword in town again. Unfortunately most of them wish to interpret it according to own preferences, for instance, Umno’s emphasis on the Special Malay Positions, while DAP emphasis on Malaysia being a secular state. In your opinion, is this Social Contract going to be relevant forever ? Would the thoughts of future generations be different? If yes, which way?

Fathi Aris Omar: Frankly speaking, my friend, I don’t like at all the way you say and put the issue as such: “Unfortunately most of them wish to interpret it according to [their] own preferences, …”

What do you expect them to do — to scream as loud as possible in one voice, one chorus, “Yessssss”? It is politics, people have different (or, diverse) interests, values, judgments, ideals and analyses.

We prefer democracy and freedom (over authoritarianism, dictatorship or undemocratic control) not because we want unity or to eliminate differences.

We want to exercise a more open, democratic, peaceful, equal and intelligent debates over our differences. We would like to appreciate the diversity and plurality of voices. We want to form consensus via the deliberative or discursive democracy.

It is an ongoing process, we don’t limit the discourse and criticism even after some agreement (or, consensus) is achieved. Previous generation agreement is not conclusive; it must subject to criticism on our current understanding and thinking.

We want democracy, independence (Merdeka) and freedom because we want to challenge the dominant (so that the dominant, the majority, can not and should not do whatever their whims and fancy are). We want our voices of concern heard, we want to say something without being seen as anti- the State, anti-Government or anti-majority.

The State, Government, majority, policy, tradition, culture, ulama, guidelines, social contract, knowledge or religion — so what? There is nothing holy in them, all is human creation to suit certain needs (especially the dominant ones, the winner’s, the majority’s) in certain spatial-temporal context.

Shin: In fact, by phrasing my question that way, all I wanted to emphasis is, they are telling us to stick to Social Contract, while they themselves have problem in accepting part of it. For example, Umnois shying away from upholding the agreement on secular state. However, by all means, I don’t mean they cannot have dispute.

Fathi Aris Omar: Social contract is totally relevant at any given time. The contract is another word or concept of setting fair ‘rules of the game.’ Let eveybody contest in the game with sense of justice and fairness. Life is competitive; politics is a competition. Social contract lets everybody live and play in this game with sense of justice and fairness.

The thoughts of future generations? Let us struggle to achieve and shape it. I don’t believe in miracle and prediction. We may discuss it, better, at another forum. Sometimes it seems optimistic, sometimes not. So, I repeat, let us struggle to achieve and shape generations to come. We have to prepare more fertile ground so that our seeds will be more democratic.

Shin: Liberals and fundamentalists have different interpretations on the role of Islam in the Constitution, in which its role was not clearly defined. Does Islam as the religion of the federation is only ceremonial and symbolic, or it should be the basis for all laws and policies? In some countries for example Pakistan, it is stipulated in the Constitution that any article in the Constitution will be automatically invalid if it clashes with Al-Quran or Sunnah. Do you think we need to include this in our Constitution too?

Between Constitution and Al-Quran, as well as human rights and Al-Quran, which is superior? Constitution and human rights safeguard freedom of religion. Instead of being just a way of thoughts and rituals, Islam is also a way of life (ad-deen) and has its own legal system. Is the National Front (BN) government, which continues to forbid the enforcement of Hudud, Qisas and Takzir while claiming that Malaysia is a “Negara Islam”, infringing its citizens’ constitutional rights and human rights by restricting them from practising their religion?

Fathi Aris Omar: The Federal Constitution or Perlembagaan Persekutuan is vague. Islam, according to our first Prime Minister, is ceremonial only but the practice of the religious hegemony (Islam over other religions) is so extensive and tight.

The constitution protects Islam and allows privilleges of Islam over other religions. I don’t think it is fair. If we value religion, we should treat all religion equally. We can’t - for example - obstruct the teachings of other religions to Malays and Muslims.

Without further ado, please refer to this book Malaysia: An Islamic State? Secularism and Theocracy: A Study of the Malaysian Constitution (edited by Abdul Razak Baginda and Peter Schier).

I basically believe, religious or not a state is, when corruption or abuse of power (like Pakistan) is rampant, when there is no sense of justice and fair play, let us topple such governments. Let us throw it over, not only the leaders, the ruling parties but also the religious ideologies.

Any religion can be manipulated, so can Islam. What is so special about Islamic ideology? Tell me, what? Do you think PAS in Kelantan and Terengganu (1999-2004) did not practice corruption, nepotism and cronyism (KKN)?

See my analyses here ‘KKN Kelantan T’ganu macam Umno' (22 August 2002) and ‘Media bebas sorok KKN PAS?‘ (15 November 2002).

Ideology, whatever it is, can be manipulated. Idealism is good on paper (in theoritical persuasion) but once it is politically practised, it will have some problems. Let us deal with ideology or political idealism that give freedom (that is democracy) and stop propagating ideas, ideology and idealism that will benefit some people only.

BN’s ‘Negara Islam’ - like ‘Islam Hadhari’ - is a window-dresser for the stupids. Why should we bother to think about that? Let us get to the crux of the matter, not the labelling. When there are no democracy, freedom and human rights, then the state is not fully “legitimate” (according to Jurgen Habermas’s Legitimation Crisis, 1975).

Shin: Can the Communists be considered as surrenderred, after the signing of Haadyai Peace Accord? It was stated that the Communist members would be allowed to return, but many victims of their violent and terror acts opposed to it. How should the government decide? Did the Communist play any role in gaining independence and national building? If yes, please state.

Fathi Aris Omar: It has been a sentimental and emotional issue – though I am not suggesting it is not valid one. The Government should allow the CPM veterans to return and there must be some of sort ‘national reconciliation’ process.

Some countries form ‘national truth and reconciliation commission’, for instance East Timor, South Africa and Indonesia. So we should practice this one. The English colonialist power, just like the Japanese, has to bear their mistakes too – they should not have run away.

The 1985 Memali incident (the brutal killings and the subsequent arrest of villagers) must be included too. The Government has to compensate the loss in the incident. I agree, and strongly support, what our National Human Rights Commission (Suhakam) is doing – inquiry over human rights abuses.

Human rights violations and cruelties of the past are our national tragedies and we must admit it openly and correct it. We can not ignore it. People say “time heals” but we should facilitate the process of national healing, don’t let the time alone decide.

Shin: Are the “20 Points” which was meant to protect Sabahans and Sarawakians interest still relevant? What are the effects to national integration, politics, economics and society, if it is maintained, reviewed or abolished?

Fathi Aris Omar: I am very sorry. It is a very good and relevant question you raise here but I don’t really study the issue. Without much preparation, I do not think it is fair to comment. But I strongly believe this issue has to be looked at seriously. Perhaps next time, I will answer it.

Friday, June 8, 2007

‘Covert operation’ to control info

It does not surprise me when Dr Syed Alwi Ahmad refers to some writers (or activists) who keep questioning religious orthodoxy as ‘frustrated’ Western-educated yuppies in his letter ‘Common ground needed for ulama, yuppie.’ (Malaysiakini.com, 19 May 2004)

If he ‘dares to know’ (as Immanuel Kant puts it), non-fundamentalist Muslim scholars worldwide have debated this matter. But you rarely stumble on this in Malaysia. Such debates are alien because of our rigidly conservative environment.

Furthermore, there has been a ‘covert operation’ to control information. The educated, the preachers and the activists have a narrowly selective approach. They highlight ideas, events and personalities that suit very well only their traditionalist, close-minded position.

For instance, the widely read Islamist publication Harakah does not report what has been going on in Iran in recent years -- the tension between the reformists and the conservatives there. Neither do other Islamic magazines or religious columns in our national dailies and TV programmes.

The opposition newsletter mentioned above also does not report fairly on the extensive debate on Islam, e.g. the emergence of ‘liberal Islam’ groups in countries throughout the world.

Non-fundamentalist scholars are never welcome. To these Islamists, their ideas are ‘less Islamic’ or not so authentic. Abdullahi Na’em, Mohamad Arkoun, Hassan Hanafi, Nawal El-Saadawi, Fazlur Rahman, Nurcholish Madjid and others are circuitously ‘banned’ or ‘censored’, not legally, but socio-culturally. Their works are not discussed, translated or quoted in popular forms.

An interesting example is Seyyed Hossein Nasr’s Traditional Islam in the Modern World, a critique on the fundamentalist approach to Islam which has not been popular, though his other books, criticising modernism and Western philosophy of science, have been well received.

But we have plenty from Syed Qutb, Yusof Qardhawi and Maududi. Qardhawi’s Al-Shahwah al-Islamiah baina al-Juhud wa al-Tatharruf (on extremism among Islamists) is much less popular than his Fatawa ma’asyirah (his religious opinions on recent issues) among Malaysian Muslims, for example. So is our treatment of Hassan Hudaibi’s Du’at la khuda’.

My contention is this: Why do such things happen? What do our choice of books and selection of issues imply?

We have to admit with full frankness, that with 30 years of Islamic revivalism and with the help of the government’s Islamic policies as well as pressure from political Islamists, we have not achieved much. One area, which is still lacking is the intellectual development.

“No in-depth analyses”, as Chandra Muzaffar put it in his Islamic Resurgence in Malaysia a long time ago. “Over-simplification and over-generalisation of Islam,” as Anwar Ibrahim once said in the United States some 20 years ago. They precisely vocalized then our current malaise.

Unlike our Muslim forefathers who fervently adopted or Islamised (whichever you like), ‘foreign’ ideas, we are terrified of contemporary Western ideas.

"I am not sure that Islam is compatible with Western liberal democracy because there are many teachings in Islam which cannot be altered simply on the basis of a majority vote," Dr Syed Alwi argues.

(‘Liberal democracy’ and ‘a majority vote’? Unfortunately, I don’t get what he is trying to say here. Public discourse, democracy and vote? It sounds like a ‘Malaysia-Boleh’ kind of concept for politics).

Although Islamic fundamentalist movements worldwide have been successfully attracting many modern-educated scholars and professionals, even from Western universities (see Karen Armstrong’s The Battle for God ***), traditionalists still reign tightly over the content and direction of our Islamic revivalism.

Or, can we safely conclude that the traditionalists have ‘hijacked’ it because of modern-educated and professional Muslims’ heavy reliance on their (the traditionalists’) religious interpretation?

Conservative ulama work hand-in-hand with these professionals in Islamic missionary works and the collaboration has allowed the gradual subversion of minds.

We refuse to acknowledge this because we trust them. The ‘green’ effect of religious confidence provided by the ulama helps reinforce the mental paralysis. Why do we place full trust, without critical appraisal, on them?

The clear answer: Ignorance of religious education that breeds inflexibility of minds. We want to be God-fearing creatures, so we accept conservative ulama interpretation whole-heartedly.

When it comes to the halal-haram decision-making process, we dump our critical minds aside. We don’t research more thoroughly on our own, for instance.

We willingly let the so-called ulama (or religious activists) decide (and manipulate) personal matters and public issues on our behalf. We surrender our mental powers to them. We believe unquestioningly in it, we faithfully practice it and we religiously disseminate it.

We don’t argue with the conservative ulama; oft-times they loathe – as Dr Syed Alwi said – to be argued with. "They prefer to stick to what the Qur'an teaches them – ‘we hear and we obey’. Absolute faith!" he writes.

Besides, the ulama also relentlessly gives the artificial impression (not to say ‘half-truths’) that they are the chosen ones (after the Prophet) and the most pious. Al-ulama warithatun anbiya (a saying of the Prophet) and innama yakhsa Allah min ‘ibadihi al-ulama (a Quranic verse), we are taught over and over.

After 30 years of Islamic awakening in Malaysia (and all over the globe), everyone is preaching a conservatively didactic notion of life. Malay entertainment journalists, artistes, creative writers and even disco-goers nowadays are somewhat ‘Islamic’ (in one form or another).

I deliberately refuse to argue further with Dr Syed Alwi simply because what he wrote has strengthened my argument that the public sphere is a real dilemma for Islamic activists.

My suggestion to have a vibrant discourse on the ‘Islamic conception of public sphere’ is left open. It is an on-going free-for-all participation - though not a seasonal fiesta!

By Fathi Aris Omar, Letter to Editor Malaysiakini (May 20, 2004)

*** Note: You must be wondering why Armstrong's The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam was banned in June 2006. Was it another "proof" of the conservatives' COVERT OPERATION?

Wednesday, June 6, 2007

Usrah, kecairan dan kebekuan

Jika anda bertanya, apakah yang membezakan seseorang yang “beku” pemikirannya, dengan seseorang yang “tidak beku” atau terbuka fikirannya? Dan, apakah orang yang “terbuka” fikirannya bermakna seseorang yang tidak mempunyai prinsip, pegangan hidup, agama atau seperti lalang ditiup angin?

Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik tabir pemikiran seseorang anggota usrah, di sebalik tabir penghujahan seseorang aktivis dakwah atau penggiat parti Islam.

Ada ketikanya, kita boleh mengesan sesuatu yang tersembunyi itu -- khususnya apabila mereka bercakap, menulis atau berhujah.

Tetapi banyak waktunya kita gagal mengesan “sesuatu yang tersembunyi” itu kerana ia tersimpan jauh ke dalam benak anggota usrah (dan sesiapa juga yang berfikiran beku atau tertutup).

Semua manusia (kecuali yang ego atau bodoh sombong) menyedari dirinya “tidak mengetahui” banyak perkara. Dalam bahasa mudah, kita sedar kita ini “jahil” dalam hal-hal tertentu. Kita tidak mengetahui sesuatu itu, terra incognito, maka kita tidak boleh menilainya.

Wilayah yang tidak ketahui ini, terra incognito, ibarat gelap malam yang membungkus alam di depan mata kita. Alam itu wujud nyata tetapi kegelapan membungkusnya sehingga ia mencipta “kegerunan” di dalam diri kita.

Sesuatu yang sudah kita ketahui (misalnya rumah kita sendiri) menyimpan “rahsia” tertentu apabila terlalu gelap. Mungkin ada lipas merayap-rayap atau seketul nasi kering. Apatah lagi alam yang kita tidak ketahuinya (misalnya belukar atau hutan tebal di waktu malam).

Beginilah sifat kejahilan dan kesannya ke atas kita, termasuk anggota-anggota usrah.

Sejumlah pengetahuan yang kita kumpul melalui usrah (jika sebatas itu sahaja pengetahuan agama kita) mencipta “cahaya malap” untuk menyuluh kegelapan tersebut.

Tetapi, oleh kerana cahaya malap itu dianggap (baca: "dirasakan") sudah memadai untuk menerangi kegelapan tersebut, maka kita rasa ia sangat berguna kepada kita. Lalu kita terus menggunakan cahaya malap itu untuk meredah kegelapan malam, mengembara jauh dan semakin jauh dalam hidup ini.

Pendidikan kejiwaan, tarbiyyah ruhiyyah, yang ada dalam usrah itu tidak lain dan tidak bukan kecuali permainan psikologi diri sendiri akibat pertarungan (tension) yang wujud antara alam gelap dengan lampu malap. Ia mencetuskan sejenis khayalan untuk berpuas hati dengan “lampu malap” yang digunakan sewaktu menyuluh alam kegelapan.

Sebab itulah kita dapat lihat orang boleh terus bersabar dengan kegiatan usrah tanpa peningkatan ilmu, kerana kononnya usrah berjaya membekalkan “tarbiyyah ruhiyyah” (baca: khayalan atau kesan psikologi) yang menariknya untuk terus beramal dengan beberapa aspek (bahagian) Islam.

Cahaya malap itu diusung pula secara berkumpulan -- nama pun usrah dan jamaah. Maka cahaya malap itu menjadikan unit usrah itu (dan jamaah -- himpunan unit-unit usrah) mengengsot-engsot untuk meredah pekat malam yang gelita.

Seseorang yang membaca lebih banyak, mengetahui ragam-ragam pengetahuan yang lebih pelbagai, yang cuba berfikir berbeza dan lebih rancak ibarat seseorang yang berjaya mencipta lampu suluh yang semakin terang, dan semakin terang.

Cahaya yang terang itu akan menjadikan suluhannya lebih jauh dan lebih perinci. Cahaya itu membongkar banyak lagi realiti alam yang kecil-kecil, sisi-sisi gelap alam, yang selama ini tersembunyi daripada ahli-ahli usrah apabila menggunakan lampu malap.

Orang seumpama ini sama ada disebut ulama atau dilantik pemimpin oleh kumpulan usrah. Atau, akan meninggalkan usrah. Sebab apa?

Sebab anggota-anggota usrah (yang menggunakan lampu malap) menggambarkan realiti alam yang sempit, terbatas, “miskin gambaran”, dan tidak perinci. Perbahasan tentang ilmu (termasuk ilmu Islam) atau “analisis isu semasa” akhirnya menjadi cetek, biasa-biasa sahaja, dengan konsep-konsep yang sudah selalu didengar dan berulang-ulang, hujahnya sudah basi (lama), kosa katanya terhad (tidak kaya, tidak rencam), ungkapan, atau sisi-sisi pandangnya (sisi pandang akal) yang terbatas.

Usrah seumpama ini merimaskan seseorang yang banyak membaca, rancak berfikir atau luas pergaulannya kerana lampu suluhnya yang terang berjaya membongkar alam dengan lebih baik. Lama kelamaan, seseorang itu berasa usrah itu sesuatu kegiatan yang “tidak menarik” atau “mundur” kerana tiada suatu yang baru, berpusing-pusing berbuat perkara yang sama dan “tidak mencabar”.

Anggota-anggota lain dalam usrah berjalan berengsot-engsot, bertatih-tatih, terkial-kial dan kadang-kadang menggigil akibat lampu malap yang ada di fikirannya. Sementara anggota usrah yang berlampu suluh terang itu boleh berjalan lancar, dan kadang-kadang berlari, dengan cepat untuk meneroka kawasan luas kehidupan ini.

Sebab itulah, seperti saya sarankan, selagi usrah tidak mereformasi sikapnya terhadap ilmu dan pengetahuan -- khususnya yang terkini -- maka selama itulah gerakan usrah dan jamaah Islam akan gagal menawarkan jawapan-jawapan alternatif yang konkrit terhadap masalah-masalah yang menimpa ummah.

Apa sahaja permasalahan yang menimpa ummah ini akan gagal dianalisis dengan baik, malah mereka terus meraba-raba, menjamah itu dan memegang ini dengan tangan (secara nyata) kerana jarak suluhan lampunya yang terbatas.

Seseorang yang mempunyai lampu suluh yang terang benderang tidak perlu berbuat demikian. Dari jauh sahaja, dia boleh mengesan sesuatu objek dengan baik. Maka, dia tidak perlu bergerak ke situ atau berjalan untuk menjamah dan meraba-rabanya.

Lampu suluh yang terang itu memberikannya “ruang teori”, “jawapan alternatif”, atau kemungkinan awal (feasibility studies atau conceptual framework, sebelum melaksanakannya di alam nyata) dengan ungkapan dan bahasa (hasil dalamnya fikiran) yang lebih cair dan terperinci kerana suluhan itu mendedahkan banyak benda.

Dengan lampu suluh yang terang itu, dia menjadi “berani” kerana dia boleh mengesan pergerakan alam di sekelilingnya dengan lebih baik. Dia mengetahui ruang geraknya. Di mana boleh berlari, di mana seharusnya dia berjalan, di mana tempat meniti, di mana pula harus ke kanan atau ke kiri, di mana harus tunduk, di mana pula berjalan tegak.

Kita namakannya “pemikiran yang anjal”, dan kita boleh juga sebutkan “aktivisme yang anjal”.

Tetapi mereka yang memiliki lampu malap, sentiasa gagal mengungkap sesuatu di sekelilingnya dengan baik, dengan tepat, kerana dia gagal melihat dengan jelas. Ada kesan psikologi yang mendorongnya untuk berpegang pada tradisi (yang sudah dilazimi), berpegang pada “nasihat” atau buah fikiran nakib (atau "ulama") kerana dia sentiasa takut atau was-was untuk berfikir sendiri.

Mereka bersandar pada orang lain yang berjaya merasuknya kerana diri sendiri dianggap "jahil" atau "tidak mampu". Selalunya, mereka lebih senang berdiam diri, bukan berhujah atau bertanya.

Jika mereka suka bercakap, kadang-kadang yang dicakapkan itu bukannya ada isi bernas; tetapi bercakap sekadar keperluan bercakap, termasuk mengulang-ulang apa yang pernah didengarnya.

Apabila berhujah atau berdebat pula, pandangannya kelihatan tetap (fixed), pada satu sisi pandang sahaja, kerana dia tidak boleh melihat sesuatu persoalan dari banyak sisi, dengan kosa kata-kosa kata yang pelbagai. Bahasa yang diluahkannya terbatas seolah-olah dia tergagap-gagap ketika cuba menjelaskan sesuatu.

Apabila dihadapkan kepadanya istilah baru, konsep baru, cara berhujah baru, ilmu baru (yang tidak pernah didengarnya), maka akan timbul rasa takut di dalam dirinya, timbul rasa "rendah diri", lalu untuk "berlagak pandai", dia pun menguatkan lagi hujah lazim yang sedia didengarnya sebelum ini (dari nakibnya, dari ulama yang disenanginya atau dari majalah Islam yang dibacanya).

Dia tidak akan mendengar lebih lanjut kerana "was-was" dengan pengetahuan baru itu. Dia tidak akan sabar menekuni sesuatu yang baru dan "ganjil" itu ("ganjil" daripada koleksi idea yang sedia ada di dalam fikirannya). Dia akan berdiam diri dan tidak bertanya -- untuk mempelajari dan memahami sesuatu yang baru itu.

Ada ketikanya, ia mudah melatah atau beremosi apabila sesuatu idea itu tidak disenangi. Atau, jika rasa tidak senang, terus melarikan diri. Fikiran tertutup mendinding dirinya daripada idea baru dan pengalaman baru.

Sebaliknya, akibat kesan psikologi itu, mindanya menolak mentah-mentah sesuatu yang dianggap "baru", "pelik" atau "asing" kerana terra incognito (dalam wilayah pengetahuannya) gagal memahamkannya.

Ibaratnya, radar diri gagal mengesan ketibaan jet pejuang musuh; tiba-tiba ledakan bom terjadi di mana-mana, bertubi-tubi, termasuk dekat bilik kawalan radar dirinya. Dia menjadi panik dan berpeluh. Lalu, dia membungkus diri (konon "menyelamatkan diri" daripada serangan asing), menutup minda lagi, daripada mempelajari sesuatu yang baru itu. >>> Lihat analisis saya di sini: Kisah dua pucuk surat.

Sebab itu, satu ciri yang ada pada orang ini: malas membaca sesuatu artikel atau buku yang dianggap "bertentangan" atau berlainan dengan fikrahnya; malas berhujah. Apa yang ada dan terbatas, "lampu malap" itu, terus dipegang kukuh-kukuh; enggan disemak lagi. Dia malas mengkaji, menggali, meneroka dan menyelidik hujah lawan-lawannya. Dan, malas pula memeriksa kuat-lemah, bernas-tidak pegangannya kini. Seseorang tokoh yang bukan daripada alirannya akan segera dicurigai.

Orang seperti ini tidak boleh berdepan dengan arus perubahan. Dia sentiasa ketakutan pada sesuatu yang baru. Dia gagal menyelami yang baru itu dan sebab itu tidak memahaminya. Apabila gagal memahaminya, akan gagal pula menyertainya (participation). Tegaklah prasangka tebal yang bukan-bukan.

Orang seperti ini -- berapa lama pun dia berusrah -- tidak mungkin membela Islam, apatah lagi mengembangkan agama. Dia wujud sebagai “beban” kepada gerakan Islam atau usrahnya sendiri.

Lihat sendiri, bukalah mata, berapa ramai "beban" dalam kumpulan usrah anda? Dalam jamaah anda?

Kita sebut orang seumpama ini “tertutup” kerana tetapnya cara mereka menjawab sesuatu persoalan dan gagal menolak hujah lawannya, khususnya apabila lawan hujahnya itu memiliki sebuah lampu suluh yang terang benderang.

Hidup ini, bagi dirinya, lebih mudah jika menjawab soalan objektif (A, B, C, ... E) dan kalau boleh mendapat soalan spot atau soalan bocor!

Sebab itu, walaupun usrah itu bukan kumpulan diskusi buku tebal-tebal, ahli-ahli gerakan Islam atau anggota usrah haruslah bersedia menerobos terra incognito diri masing-masing dengan membaca aktif buku-buku besar yang setanding dengan cabaran zaman yang ditimpakan ke atas ummah ini.

Sewaktu saya mencadangkan sejumlah buku dalam artikel-artikel tentang usrah [lihat senarai itu di sini atau yang lebih awal di sini], begitulah maksud saya.

Sesungguhnya, kata al-Quran, hanya segelintir di kalangan mereka itu mengetahuinya. Apakah sama orang yang mengetahui itu dengan orang yang tidak mengetahui, soal al-Quran. Lalu, Quran berkata lagi... Haatu burhaanakum, inkuntum sadiqin....


NOTA: Sebagai ujian diri anda sendiri, cubalah fahami dan berhujah (menolak, jika tidak bersetuju) dua artikel ini: Maksiat sebagai wacana politik atau Gejala Siti Nurhaliza dan PAS. Jika anda tidak mahu menjawab di kaki coretan ini, berhujahlah bersama rakan usrah anda.

Monday, June 4, 2007

Taktik kepungan minda ummah

Di kalangan aktivis politik agama dan kelompok dakwah sekarang, label ‘Islam Liberal’ semakin menarik perhatian. Bulan ini sahaja, ada dua pertemuan yang meninjau ‘cabaran’ dan ‘ancaman’ aliran ini, diadakan di Johor Bahru dan di Kuala Lumpur.

‘Islam Liberal’, atau sebutan ringkasnya ‘Islib’ sahaja, dianggap sejenis lagi masalah (mungkin ‘masalah terbesar’?) dalam tubuh umat Islam yang perlu diketepikan dan diawasi. Islib itu, seperti digambarkan di negara kita, sekumpulan wacana yang seakan-akan atau berdekatan dengan sekelompok aktivis di Komunitas Utan Kayu (KUK), Jakarta yang dikenali Jaringan Islam Liberal (JIL).

Pada mulanya ia muncul dalam bentuk kumpulan diskusi senarai e-mel pada awal 2001. Dipimpin, antaranya oleh Ulil Abshar-Abdalla, JIL juga menerbitkan beberapa buku, misalnya Wajah Liberal Islam di Indonesia.

Awal Mac lalu, JIL baru menyambut ulang tahun keempat dengan daya tarik yang luar biasa, jauh lebih ramai daripada acara-acara lain di KUK. Beberapa ratus orang hadir setiap hari. Saya dimaklumkan diskusi falsafah, antaranya agama, sering menarik perhatian golongan muda dan aktivis di kota ini – berbanding, misalnya, diskusi sastera atau media.

Walau JIL masih muda tetapi reformasi pemikiran agama di republik ini tidaklah baru, malah sentiasa wujud sejak beberapa dekad lalu lagi. Republik ini didirikan bersama kesedaran intelektual yang serius (kalau pun tidak mendalam), tidak seperti sejarah negara kita.

Sejumlah debat politik, kebudayaan, pemikiran nasionalisme dan kenegaraan, tidak terkecuali perbahasan hubungan agama dengan negara, muncul dari pejuang-pejuang muda kemerdekaan sama ada ketika mereka di Eropah atau pulang ke tanahair. Misalnya, ‘Polemik Kebudayaan’ 1935 atau Sumpah Pemuda kurang lebih sedekad sebelumnya.


Mengepung fikiran massa

Menjelang kemerdekaan republik ini pada 1945, ketika mahu merumuskan rukun-rukun dasar negara, debat agama dan negara telah berlangsung. Debat itu diteruskan lagi dalam sidang-sidang parlimen sedekad selepasnya (1956-59). Sejak itu, idea-idea pemikir Islam tentang negara atau politik terus berkembang – sama ada yang pro-syariat, menentangnya atau mencari kesesuaian ‘jalan tengah’ antara kedua-duanya.

Senario sekarang pula dijelaskan oleh ahli akademik Robert W Hefner: “Nowhere in the Muslim world have Muslim intellectuals engaged the ideas of democracy, civil society, pluralism, and the rule of law with a vigour and confidence equal to that of Indonesia Muslims.” Lihat buku The politics of post-Suharto Indonesia (1999, editornya Adam Schwarz dan Jonathan Paris).

JIL itu bukan gejala baru, malah sambungan siri-siri wacana dan pemikiran tokoh-tokoh di negara jiran kita, misalnya turut dikenali di negara kita Nurcholish Madjid (juga digelar Cak Nur) dengan slogannya Islam ‘yes’, partai Islam ‘no’ sejak 1971.

Tetapi kata, label dan wacana ‘Islam Liberal’ di negara kita saat ini membawa gendang tari berbeza, dengan irama dan rentak wacana ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’. Label ini dikembangkan oleh PAS dan beberapa pihak yang dekat dengan pertubuhan Islam seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Label ini dijadikan alat untuk mengepung minda orang Islam seperti Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyerang Barat, setiap kali kita menuntut ruang demokrasi, kebebasan, keadilan sosial dan hak asasi manusia.

Pengamat isu semasa dan aktivis politik pembangkang tentu sedar bahawa sikap anti-Barat yang digembar-gemburkan Dr Mahathir itu semata-mata bertujuan mengepung fikiran massa, menimbulkan kesan ‘kebencian’ dan ‘ketakutan’ terhadap Barat – pada waktu yang sama melupakan persoalan nyata (real) yang bergolak di dalam negeri, antaranya sikap keras dan tidak demokratik beliau sendiri.


Menentang penguatkuasaan moral

Label dan sejumlah wacana ‘Islam Liberal’ di negara kita tidak ubah taktik buruk dan propaganda murahan Dr Mahathir itu – yang kononnya tidak digemari oleh PAS atau aktivis Islam. Kononnya musuh Islam ada di mana-mana, tidak cukup berwajah ‘Barat’ dan ‘Yahudi’, musuh Islam muncul dalam tubuh umat Islam sendiri dan perlu diwaspadai, antara namanya ‘Islam Liberal’.

Label ini perlahan-lahan mendapat panggung utamanya apabila kumpulan-kumpulan Islam diserang rasa kaget selepas bermunculan isu-isu pokok yang mereka gagal tangani dengan rasional, tenang dan ilmiah. Isu- isu besar itu, antaranya, suruhanjaya antara agama (Inter-Faith Commission) dan memorandum menentang penguatkuasaan moral (peribadi) oleh negara.
Memang kata ‘Islam Liberal’ – cuba dikaitkan dengan JIL atau beberapa wacana ‘bergengsi’ di beberapa negara Islam – sudah ada pada aktivis agama kita. Namun, belum meluas. Tetapi peristiwa-peristiwa politik pada bulan-bulan terakhir di Malaysia mengetengahkan ungkapan dan label itu ke tingkat wacana popular masyarakat kita. Ia mahu dirembeskan ke ruang kesedaran awam.

Label ‘Islam Liberal’ dijadikan sejenis ‘gertak sosial’ yang menakutkan supaya sebarang wacana perubahan dalam pemikiran umat Islam atau kritik agama mengalami jalan buntu. Sebab itu, pada hemat saya, label yang dibawa oleh aktivis agama kita ini akan membantut proses perubahan pemikiran orang Melayu. Ia boleh mencipta mental block atau hadangan nalar yang baru.

Pemakaian label dan wacana ‘Islam Liberal’ di negara kita dikaitkan dengan Sisters-in-Islam (SIS), gejala imam Amina Wadud, gerakan anti-hadis Kassim Ahmad, beberapa yayasan luar negara yang mempromosi demokrasi, program kerajaan yang dimusuhi mereka (misalnya ‘Islam Hadhari’) atau artikel Astora Jabat di Mingguan Malaysia. Semuanya dipukul borong!

Strategi seumpama ini memang ciri khas propaganda dan taktik ‘klasik’ kepungan minda.

Dalam satu siaran akhbar Dewan Pemuda PAS menjelang demonstrasi mereka pada 15 April 2005 (Jumaat), bagi menentang 50 NGO anti-kawalan moral itu, nama-nama yang disebutkan tadi dirangkum sekali gus bagi membesar-besarkan rasa cemas umat Islam dan (pada waktu yang sama) meraih pulangan politik.


Mengobarkan semangat bergerombolan

Bersesuaian pula dengan seruan presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada minggu itu, di muka depan Harakah (edisi 16-30 April), “jangan undang huru-hara.” Kemudian mereka mengedar pula beberapa ribu risalah kepada umum, tanpa penjelasan duduk perkara sebenar, tentang apa yang mereka label ‘bahaya Islam Liberal’

Hujung dua minggu lalu, seorang pemimpin PAS dengan nada beremosi mengecam kenyataan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik pula, berhubung isu pendidikan Islam di sekolah-sekolah kita. Beberapa tulisan (posting) di Internet juga sarat dengan emosi seumpama Mohamad Sabu membakar emosi ini sehingga umat Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia (yang tidak berfikir) kabur duduk perkara sebenar sesuatu persoalan.

Perang ini perang psikologi taraf rendah, usaha mengepung minda kolektif. Ia bukan usaha membuka wacana yang mencerahkan akal tentang beberapa isu dasar awam (public policy) dan hubungannya dengan agama. Bukan mendidik rakyat memperhalusi isu, mengajar orang ramai tentang pokok dan isi persoalan negara (dan kaitannya dengan agama) secara rasional, kritis dan tenang. Tetapi, mengobarkan semangat bergerombolan (atau, herd mentality) dalam wacana politik. Ketika berdemonstrasi, mentaliti gerombolan disebut ‘mob rule’.

Lagak mereka ini, seimbas lalu, seperti anak-anak hingusan – tidak mampu memujuk ibu bapa membeli barang kesukaannya, anak akan duduk mengeras diri, menghentak-hentakkan kaki atau meraung-raung sekuat hati tanpa mempedulikan sekeliling lagi! Jika tidak suka perlambangan anak ini, dalam bahasa politik, kita boleh sebut lagak aktivis Islam ini sejenis ‘pendekatan fasisme’ dalam mengepung minda orang ramai.

Dalam bahasa teori Jurgen Habermas pula, kumpulan-kumpulan Islam ini mengambil tindak strategik (yakni, sarat kepentingan, tidak telus dan tidak jujur), bukan tindak komunikatif dan diskursif (discursive). Mereka memanipulasi persoalan dan memberat-sebelahkan wacana menjadi tidak berimbang, termasuk melalui tekanan di luar proses wacana.

Pendek kata, mereka bercadang untuk ‘menang’, meraih keuntungan politik, bukan untuk membentangkan posisi dan keyakinan politik mereka sendiri kepada rakyat agar orang ramai nampak jernih persoalan-persoalan, mempertimbangkannya dan kemudian membuat keputusan.

Supaya fikiran masyarakat menjadi lebih berstruktur, berdaya analisa, matang dan tinggi tingkat penghujahannya; supaya rakyat ‘celik politik’.


Celik politik

Minda awam yang ‘celik politik’ akan cenderung independen, kritis dan tidak mudah dikawal lagi. Minda awam seperti ini diperlukan di negara kita ke arah pemupukan demokrasi. Tetapi PAS, kumpulan-kumpulan Islam dan Umno sama sahaja – melemahkan pemikiran massa dengan menyebarkan propaganda selapis, berpihak, beremosi, pandangan sehala, dan tidak jamak perspektif.

Lagak anak-anak ini, rupa-rupanya ada juga pada Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sewaktu menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja pada tahun 2002. Yakni, sifat ‘manja’ dan ‘mengada-ngada’ untuk menagih simpati orang berkuasa! Saya semak kembali kenyataan akhbar PUM dan beberapa organisasi Islam itu untuk memahami psikologi, taktik politik dan kaedah wacana kumpulan-kumpulan Islam apabila berdepan dengan isu-isu nasional.

Rupa-rupanya ternyata lagak aktivis-aktivis Islam tidak jauh daripada Umno dan Barisan Nasional! Sikap membakar emosi dan menggembar-gemburkan isu (dalam kes ini, PUM berbeza) tetapi bukan menghuraikan pokok persoalan, inti debat dan duduk perkara sebenar. Inilah kaedah yang diwarisi di sebalik label dan kempen anti-‘Islam Liberal’.

Label ini dijadikan jalan pintas untuk mengelak isu-isu pokok dan lari ke ruang propaganda yang menyeramkan jiwa umat – satu lagi projek membius fikiran penganut agama.

Pendekatan seumpama ini pernah ditimpakan kepada Malaysiakini.com, Anwar Ibrahim, Team B Umno (1987-88), kumpulan anak muda ‘black metal’, parti-parti pembangkang dan beberapa kumpulan aktivis Cina.

Pendek kata, wacana pop kepada umum dijadikan senjata serangan terhadap ‘musuh’, bukan kaedah berkomunikasi dengan rakan dialog yang setara untuk saling memahami – satu proses panjang ke arah konsensus kolektif yang penuh sedar, sengaja dan bertanggungjawab.

Jika Umno memanipulasi sentimen Melayu, kumpulan-kumpulan Islam memanipulasi sentimen agama. Warna topeng wacana sahaja berlainan corak tetapi struktur, strategi manipulasi dan taktik tanpa demokrasi di sebaliknya tidak jauh berbeza.


Bantutkan reformasi politik

Pendekatan seumpama ini, bagi hemat saya, sisa-sisa projek ‘pembodohan Umno’ (seperti dihurai dua tahun lalu di sini) yang sudah melimpah ke takung pemikiran kumpulan-kumpulan agama dan PAS. Semua isu awam akhirnya tidak jernih. Semuanya diselaputi nada cemas, amaran atau gertak psikologi. Wacana bertambah kusut, hujung dan pangkal isu tidak dikenali lagi.

Oleh itu, umat Islam akan lambat berfikir secara independen untuk menentukan sikap sendiri, dan selama-lamanya mereka memerlukan kumpulan, parti atau ketua tertentu untuk memandu arah mereka. Siapa lagi yang boleh memimpin, kalau bukan puak-puak Islam ini?

Tidak diragukan lagi, cara kempen ‘Islam Liberal’ seperti dibawa oleh PAS dan aktivis-aktivis dakwah akan membantutkan langkah-langkah reformasi politik, bangsa dan agama kita. Sebab itu, kita semua harus bertegas dalam persoalan ini.

Sepatutnya aktivis Islam dan pemikir agama di negara kita berasa malu dengan wacana serong ‘Islam Liberal’ mereka saat ini kerana tidak sebanding rakan-rakan sejawat mereka dari negara jiran yang serius, beragam, mendalam dan sungguh-sungguh meneroka isu-isu agama, masyarakat sivil, demokrasi dan pluralisme.

Baru-baru ini dilancarkan buku ‘Islam, negara dan civil society: Gerakan dan pemikiran Islam kontemporer’ yang dikarang oleh 22 pemikir dan aktivis, sebilangannya masih muda.

(Tetapi gerakan Islam di sini melahirkan seorang penulis muda, apatah lagi pemikir, berbakat pun tidak mampu. Hampir semua tulisan di penerbitan Islam kita, termasuk laman-laman web, bertaraf ‘hampas’ sahaja. Manisnya ada di republik tetangga kita – tetapi egoisme sesetengah orang Malaysia sering lebih besar daripada akal mereka!)


Untuk apa kita berpura-pura

Maka, tidaklah hairan, apabila kumpulan-kumpulan Islam di negara kita enggan sama sekali mengiktiraf satu kenyataan pahit ini – sememangnya di dalam tubuh umat Islam itu sendiri ada ‘rasa gelisah’ yang sangat dalam. Rasa ‘gelisah’ pada jawapan-jawapan dangkal dan tradisional, pada sikap-sikap mundur pemikir dan aktivis Islam, pada persoalan-persoalan semasa yang masih tergantung tanpa jawapan meyakinkan.

JIL, Amina Wadud, Taliban, SIS dan Jamaah Islamiyah (JI) itu bukan wacana Barat, Yahudi atau Amerika Syarikat seperti suka digembar-gemburkan oleh aktivis-aktivis agama. Kita selalu ingin menyisihkan mereka. Mereka bukan daripada ummah, begitulah nada kita demi menjaga air muka sendiri apabila telah terconteng arang. Ada sindrom sangkalan (denial syndrome) yang tebal bersarang bersama kita, sebenarnya.

Sama seperti negara ini memenjarakan penganut-penganut Syiah, menafikan hak mereka untuk belajar di universiti Islam kita atau memecat mereka daripada menganggotai PAS.
Hakikatnya, walau bagaimana nakal dan jahatnya ‘anak’ kita, “air dicincang, tidak akan putus.”

Sepotong tazkirah dari lagu dalam filem ‘Ada apa dengan Cinta’, “jujurlah pada hatimu…” Untuk apa kita berpura-pura?


Oleh Fathi Aris Omar, asalnya berjudul "Islam Liberal wacana terdesak" diterbitkan di Malaysiakini.com (16 Mei 2005). Kemudian diterbitkan kembali di Ummah Online (laman web lama)

Friday, June 1, 2007

Usrah tidak mendisiplinkan fikiran

Seseorang telah mencampakkan beberapa pertanyaan yang menarik dan sekali gus mendasar tentang "bagaimana mencapai Pencerahan diri?". Soalannya berbunyi begini:

Saya hanya ingin meminta ulasan Fathi: Bagaimana kita hendak mengatasi masalah immature seperti mana yang disebut oleh Immanuel Kant -- yakni takut untuk berfikir dan menggunakan akal fikiran [sendiri].

Saya lihat fenomena ini terjadi di mana-mana [dalam masyarakat], sama ada di dalam kelas-kelas di sekolah, usrah-usrah, atau seminar-seminar peringkat kebangsaan. Apabila tiba sesi soal jawab atau sesi memberi ulasan, semua [peserta] diam sepi membisu.

Adakah [gejala] ini sudah menjadi budaya disebabkan genetik orang kita ataupun masih mampu diubah?

[Lihat pertanyaan di kaki coretan Usrah jadi ‘rutin rasmi’, maka ia gagal? ]

Ulasan baru saya seperti berikut [ulasan lama di sini]. Rujuk juga artikel-artikel Awal kebodohan di Indonesia, Puisi dalam trauma bahasa, atau Ancaman pembiusan agama:


(i)
Apakah yang mendorong kita berbuat sesuatu? Itu yang harus ditanyakan ke dalam diri kita. Kenapa kita asyik berbuat sesuatu itu (dengan cara-cara tertentu pula)? Apakah perkara-perkara yang menyenangkan kita? Dan, apakah kita ada “alasan”, atau hujah tertentu, yang menyebabkan kita menyenangi sesuatu itu?

Misalnya kita suka menonton rancangan gusti. Bolehkah kita jelaskan “sebab” kita menonton rancangan TV tersebut? Siapa ahli sukan (ahli hiburan?) gusti yang kita suka? Dan kenapa kita menyukainya? Siapakah pula ahli gusti yang kita tidak senangi – dan kenapa kita tidak menyukainya?

Apakah gerak-gerak serangan (dan cara mematahkan serangan) ahli gusti yang kita suka (dan tidak suka)? Kenapa kita suka (atau tidak suka) gerakan tersebut?

Selain gusti, apakah rancangan-rancangan lain di TV yang menyenangkan kita? Apakah rancangan-rancangan lain yang tidak menyenangkan kita? Bolehkah kita menjelaskan “kenapa” kita menyenangi rancangan TV tertentu, dan tidak menyenangi rancangan TV tertentu pula?

Persoalan-persoalan ini mungkin nampak mudah, sambil lewa dan tidak perlu. Tetapi jika kita ingin mengenali diri kita sendiri, menyuburkan minat berfikir, dan “kritik diri”, beginilah kita bermula.

Perkara-perkara inilah yang perlu kita “disiplinkan” dalam fikiran kita sebelum kita mengkritik masyarakat kita, negara kita, bangsa kita, pemerintah kita, media kita. Supaya kita menjadi “sedar diri” – apakah kita ini “sebahagian penyelesaian” atau “sebahagian masalah” (yang buruk dan tercela) dalam masyarakat kita.

>>> Kalau kita "tidak sedar diri", lambat laun kita akan "mengata dulang, paku serpih". Menuduh masyarakat itu ini, kita sendiri dua kali lima! Kita sebahagian beban bangsa ini ... bukan penggalas amanah.

Kita bermula dengan apa yang dekat dengan diri kita. Kita bermula dengan sesuatu yang kita kenali, kita telah biasa dengannya, yang menggerakkan diri kita – yang menjadikan “kita” itu kita!

Dalam buku saya Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi (artikel Siswa perlu ‘bahasa baru’, di perenggan 3, hal. 58), saya menggesa supaya siswa bertanya apakah “hubungan fikiran seseorang dengan sosialisasi persekitaran (sejak kecil)” yang telah mendewasakan kita.

Artikel ini elok dibaca bersama artikel-artikel Wacana ‘gelap’ Melayu (hal. 109-113), Akar umbi ‘pembodohan’ Umno (hal. 182-187) dan Tenggelam di bawah masyarakat (hal. 188-191).

Dengan bahasa lain, apakah yang telah disumbat ke dalam fikiran kita oleh ibu bapa kita, guru dan ustaz kita, buku-buku yang kita baca, media yang kita baca/tonton, dan rakan-rakan yang kita kongsikan pengalaman?

Kita harus bertanya: Apakah kesannya buah-buah fikiran mereka, pandangan mereka, maklumat mereka ke atas diri kita? Jika kita tidak mempercayainya, jika kita mengabaikannya, atau jika kita mempertikaikan buah-buah fikiran mereka, pandangan mereka, maklumat mereka itu, apakah pula kesannya ke atas diri kita?

Yakni, kita harus memproses kembali, menyelak dan merungkai semula maklumat (data, pengetahuan, fakta, analisis dan ilmu) yang telah disumbatkan ke dalam fikiran kita.

Satu contoh mudah, roti canai atau nasi lemak yang kita makan. Dua jenis makanan ini samalah tarafnya dan fungsinya dengan buah-buah fikiran orang, pandangan orang, maklumat orang yang masuk ke dalam alam fikir kita. Kita terus telan dan telan. Kita suka dan kita tidak suka.

Tetapi kita tidak pernah “mengkaji”, menyoal dan “menganalisis”, roti canai dan nasi lemak yang menyenangkan (atau, tidak menyenangkan) kita. Apakah ramuannya sehingga sesuatu makanan itu menggembirakan kita. Bagaimana ia dibuat? Apakah bahan-bahan yang perlu? Bagaimana adunannya sehingga ia memberikan kesan “sedap” dan “tidak sedap” kepada diri kita?

Kita tidak rungkaikan komponen-komponen (bahan) asasnya dan kita tidak mengetahui bagaimana bahan-bahan asas ini digaul, dibancuh atau diadun sehingga mencipta keenakan (atau rasa tidak enak).

“Kesedapan” atau “keenakan” tanpa memahami bagaimana ia menimbulkan kesan ke atas diri kita sebenarnya samalah tarafnya dengan “penjajahan fikiran” – ia menjadikan kita suka, “tergantung” padanya, menjadikan kita “pengguna” tetapi gagal menjadikan kita “pembuat” atau “pengkritik” yang boleh menunjuk ajar bagaimana seharusnya makanan itu dibuat!

Dalam bahasa ilmiah yang canggih, kita sebut kesan ini sebagai “hegemoni” – yakni kesan asyik atau khayal yang dicetuskan oleh sesuatu wacana (ilmu, analisis, maklumat, fakta, ajaran, pengetahuan, cerita, berita, puisi, filem) sehingga kita terlupa atau kita tidak mampu menyemak semula asas-asas, dasar-dasar, yang membuatkan kita “asyik” atau khayal!

(ii)
Sebelum kita memahami keenakan roti canai atau nasi lemak, kita tambah pula kuah kari, ayam goreng, teh ais, sehingga hidangan di depan kita bertambah banyak, bertambah enak dan bertambah asyik!

Begitulah fikiran-fikiran di luar diri kita (di sekeliling kita) “membius” otak kita sehingga kita terlupa untuk mempersoalkannya. Jika kita terlintas untuk mempersoalkannya, akan timbul rasa “takut” seolah-olah kita sendirian berdiri di jurang yang sangat dalam atau puncak yang sangat tinggi.

Ambil contoh mudah, apakah benar Tuhan itu wujud? Jangan-jangan cerita tentang Tuhan itu satu dongeng orang tua-tua? Apakah benar al-Quran itu wahyu? Atau, jangan-jangan ia dicipta, ditapis, oleh manusia? Benarkah Nabi bertapa di Gua Hira’ atau beliau ke sana untuk bermalas-malasan sahaja? Daripada khayalannya, sewaktu bermalas-malasan itu, muncul rekaan untuk menceritakan tentang malaikat dan wahyu?

Kita “takut” untuk membisikkan pertanyaan-pertanyaan tentang hal ini. Lalu kita terima seolah-olah maklumat ini semua begitu pasti dan sudah sedia ada (semula jadi) seperti matahari, batu dan kemaluan kita sendiri.

Daripada ketakutan inilah, kita biarkan ia berkembang sehingga beberapa pandangan ulama (yang “dikatakan” pandangan Islam) menjadi begitu sebati dan semula jadi tumbuh berkembang di dalam fikiran kita. Pengetahuan menjadi “fakta” sahih; pengetahuan menjadi begitu pejal dan pasti seperti seketul batu!

Nanti, nanti dulu. Akibat kegagalan kita mempersoal semua ini, maka tidak akan ada motivasi untuk mencari jawapan-jawapannya. Jika tidak ada soalan yang kita dambakan, maka tidak akan ada usaha untuk berilmu, membaca buku, berdiskusi, berbahas – akhirnya fikiran menjadi “beku” dan “tertutup”. Yang cair telah menjadi ais!

(iii)
Usrah, media prokerajaan, ceramah pembangkang, kempen NGO, dan falsafah -- semuanya berminat memberikan kita roti canai, nasi lemak yang enak-enak dengan sejumlah hidangan yang mengasyikkan. Supaya kita makan kenyang-kenyang! Supaya kita jadi gemuk gedempul. Awas!

Usrah tidak bercadang mendisiplinkan fikiran kita supaya iman kita tumbuh subur dalam disiplin diri yang kita gali dan terokai sendiri tetapi usrah membuatkan kita terus bergantung pada diri naqib, naqibah, jemaah dan kitab-kitab. Awas!

Wallahu a’lam

Nota: Jangan percaya huraian di atas, ia juga sejenis roti canai dan nasi lemak! Awas...