Friday, May 11, 2007

Ustaz sokong 'penulis Liberal'?

Hasrizal Jamil, seorang ustaz yang menulis di blognya Saifulislam.com, dalam beberapa catatannya menyatakan sokongannya pada artikel-artikel saya.

Antaranya, artikel-artikel saya tersebut tentang "pembiusan agama" (atau muntahan otak), wawancara saya dengan kumpulan Reading Group, Singapura, dan juga tentang "usrah membodohkan ahli?" (ingat: ada tanda soal di hujungnya).

Jika anda berminat berhujah, atau mendapat penjelasan lanjut daripada beliau, sila ke topik berikut (di blognya):

+ Menghambarkan sebuah kehebatan (11 Mei 2007), dan juga artikel lebih awal
+ Anti slogan (4 Mei 2007)

>>> Boleh juga tinggalkan komentar Sdr di kaki coretan ini

Katanya, ada teman-temannya mempersoalkan, kenapa beliau cenderung bersetuju dengan saya, seorang penulis yang "menyokong" atau "mendukung" fahaman "Islam Liberal"?

Saya mengalu-alukan kritikan, ulasan dan pandangan sesiapa sahaja -- harapan saya (dan semua penulis yang sedar diri) semua pembaca beroleh manfaat daripada artikel-artikelnya. Dan jika artikel-artikel penulis itu lemah, kurang bernas, salah tafsir atau palsu, kami berharap datanglah berhujah dengan kemas dan bernas supaya menjadi manfaat kepada penulis dan pembaca seluruhnya.

Tetapi malangnya, tidak selalu harapan penulis menjadi kenyataan.

Banyak keadaannya, pembaca telah membuat keputusan awal (menghukum?) terhadap seseorang penulis (sesuatu kumpulan atau idea) sebelum sempat habis membaca. Itulah sedikit sebanyak rungutan Hasrizal di blognya.

Saya kira, pandangan Fathi Aris Omar tidak boleh dimanfaatkan jika pembaca membacanya dengan paradigma yang defensif, mahu mempertahankan apa yang kita percaya, tanpa membuka ruang muhasabah yang tidak hanya melibatkan paket, malah isi dan substance. Idea beliau juga tidak boleh dimanfaatkan jika kita sudah ada satu imej tentang beliau dan pre-conceived idea kita mengenainya yang menjadikan kita tidak jujur dalam menilai.

Saya tidak fikir ustaz bersetuju dengan semua sisi pandang saya. Saya sendiri tidak fikir semua idea, sisi pandang atau artikel saya semua baik dan bagus. Banyak sekali kelemahan di sana-sini.

Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya. Misalnya artikel-artikel ini:

+ ‘Kritik agama’ [sebagai] cabang reformasi (terbit di Malaysiakini.com)
+ Puisi dalam trauma bahasa (terbit di Malaysiakini.com)
+ Agama boleh ‘ancam’ [masa depan] Melayu (terbit dalam al-Islam)

>>> Boleh juga tinggalkan komentar Sdr di kaki coretan ini

1 comment:

Anonymous said...

Salam FAO,

Selamat berkenalan. Saya telah dikenalkan oleh rakan blog saudara ini yang katanya byk kritikan membina mengenai usrah. Saya suka kritikan kepada usrah. Harapnya kritikan saudara kearah meneruskan kelangsungan usrah semoga lebih baik, bukan kearah menghancurkan. Saya akan teliti kritikan saudara.