Monday, July 30, 2007

Kajian Liberalisme

Kepada peminat, pengkritik dan pengecam idea-idea liberalisme, sekarang kita semakin mudah mengkaji beberapa dasar pemikiran ini melalui makalah pemikir-pemikirnya yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Bahan-bahan itu dimuatkan di sini: Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) terbitan FNS dan disusun seperti berikut (bagi setiap bab): Pengarang: Tajuk makalah (muka surat)

Ludwig von Mises: Liberalisme - satu rekod kejayaan (8)
John Locke: Seruan untuk toleransi (19)
William Leggett: Hak rakyat (23)
Wilhelm von Humboldt: Tujuan kewujudan manusia (27)
Adam Smith: Pasaran dan individu (33)
Frederic Bastiat: Kebebasan sebagai persaingan (37)
Edmund Burke: Prinsip reformasi (44)
John Stuart Mill: Kebebasan dan pendidikan (49)
David Hume: Kepentingan diri dan keadilan (53)
Friedrich August von Hayek: Fiksyen keadilan sosial (61)
John Prince-Smith: Kebebasan perdagangan (68)
Jose Ortega y Gasset: Kezaliman rakyat massa (77)
Robert Nozick: Utopia (83)

>>> Dapatkan semua bahan itu dalam format PDF di sini, Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) atau boleh dibaca bab demi bab secara berasingan.

7 comments:

denai said...

Sdr FAO,

menghidangkan bacaan ideologi liberal kepada masyarakat yang kurang membaca mungkin hanya memerangkap mereka dalam perangkap pemikiran sedang mereka tiada usaha untuk mencari yang lain bagi membuat perbandingan bagi mematikan hujah-hujah yang dibaca itu.

hidangan perbandingan sangat wajar diberikan agar mereka yang gagah berfikir mampu mencari jalan keluar dari perangkap tersebut.

kritikan yang bertalu-talu dan pengulangan berkali-kali terhadap perkara negatif adalah pengiklanan dan pemasaran yang berkesan.

denai said...

saya bersetuju dengan pembodohan masyarakat yang terancang dan sengaja supaya bangsa yang bodoh akan mudah ditarik ke mana-mana dan di biarkan miskin supaya sentiasa miskin supaya sentiasa mengharap ehsan dari tangan yang memberi. Kebodohan dan kemiskinan itu akan menjadikan mereka pengikut yang taat setia. Dengan jiwa halus bangsa dan tidak akan membantah kerana nilai hormat yang tinggi pada hiraki menjadikan ia titik-titik lemah bangsa. Mencerdikkan bangsa adalah melepaskan mereka dari cengkaman dan menyuntikkan keberanian untuk lari dari tradisi rasa takut dan durhaka.

Anonymous said...

thanks bro!
best betul dapat bahan bacaan 'free' camni..hahaha

blackpurple @ jowopinter said...

Baru saja muat turun. Terima kasih kerana berkongsi!

Anonymous said...

Nah, sekarang wacana kian terbuka. Tidak ada alasan lagi untuk tidak mahu membaca!

Anonymous said...

keadaan sekarang ni jahiliah makin kompleks, namun sama sahaja jahiliah seperti zaman dahulu, manusia dah mula menduakan Tuhan dengan lain.Dan zaman sekarang ni menuntut daie serba boleh,ilmu, kata yang berhikmah dan semua ini sebagai wasilah untuk bawa Islam.
Usrah adalah medan tarbiyah iman, kerana iman yang mantap dengan hidayah Allah sahaja mampu menapis segala macam ilmu falsafah yang ada kerana ilmu itu pun dari Allah sebenarnya, namun ilmu sekarang yang dipegang tamadun barat falsafah terutamanya, telah tercemar dngn nafsu.Berhati-hatilah wahai saudara, agar tak terperangkap dengannya, berdoalah kepada Allah banyak-banyak, kerana Ibn Sina sendiri seorang ahli falsafah yang tertipu oleh akalnya hingga dia mengi`tiraf tiada kehidupan selepas mati, dan ini berlaku pada kemuncak tamadun Islam sebelum Allah menurunkan azab kepada umat Islam waktu itu, dan lihatlah dimana kita sekarang..Allah akan menaikkan kita semula bila kita beriman padaNya semula dan tanggungjawab kita yang paling besar adalah menyampaikan Islam dan Al-Quran, dan tanggungjawab ini bukan uztaz dan uztazah sahaja perlu lakukan, bahkan kita semua Muslim yang mengaku Allah tuhan kita. Penting untuk ada mata akal, tapi mata hati itu lebih penting, kerana ia membeda yang hak dan bathil.Alhamdulillah andai kata Allah kurniakan mata hati pada kamu untuk membimbing mata akalmu agar kamu tidak sesat, kerana umat Islam memang perlu membaca, dan itu yang kita kurang sebenarnya.Ketahuilah usrahku menyuruh aku banyak membaca bahan ilmiah, perlu menjadi scorer dalam study,dan tidak dilupa menjaga hubungan dengan Allah dan mengajak orang berbuat baik itu lebih penting.Seorang muslim bukan setakt solat, tapi hidupnya juga.Tidak ada masalah andai aku berbincang falsafah dngn saudara usrahku di luar usrah, tapi dalam usrah imaniyat terhadap Allah lebih ditekankan, kerana itu asasnya.

Anonymous said...

salam bro fathi

masih ada lagikah format pdf buku di atas?

bagaimana untuk mendapatkannya

boleh email ke ajip2406@yahoo.com atau ada url lain yang boleh saya download



terima kasih