Jonathan Haidt, seorang profesor madya di Universiti Virginia dalam bidang psikologi masyarakat dan menumpukan pada psikologi moral, cuba merumuskan asas-asas utama moraliti. Katanya, ada lima asas. Tetapi kaum liberal hanya mengenali dua daripadanya, sementara mereka yang konservatif mengenali tiga lagi asas tersebut.
Asas-asas inilah yang menjadikan sebab/punca sisi pandang kaum liberal berbeza sama sekali dengan sisi pandang golongan konservatif.
Kaum liberal mengenali dua asas moraliti tersebut: (1) Gangguan/kerosakan kepada pihak lain, (2) keadilan/timbal balas. Manakala golongan konservatif melihat tiga asas lagi: (3) perasaan orang lain dalam kumpulan/kesetiaan pada nilai sekumpulan (4) hirarki/ tata susun masyarakat/ hormat atau akur pada pihak berkuasa/berwajib, dan (5) keaslian/sumber asal.
Kajian Haidt (sebut: Hait) ini boleh membuka mata kedua-dua pihak, sama ada liberal atau konsrvatif. Dan, saya kira, sangat berguna dalam penghujahan masyarakat Melayu-Islam yang sering (kelihatannya) obsesif dengan isu moral dan tidak bermoral.
Bagaimanapun, saya cenderung menyatakan, kajian Haidt ini lebih menggembirakan golongan konservatif!
[ii]
Sudah tiga hari tiga malam saya bergelumang dengan idea dan analisis Haidt. Nanti saya sambung ..../
Untuk permulaan, tonton dua video seperti di bawah. Baca artikel ini: Moral psychology and the misunderstanding of religion dan ini When morality opposes justice: Conservatives have moral intuitions that liberals may not recognize.
Selepas itu, boleh ulas di bawah ...!
Bacaan lanjut:
>>> Political and religious ideologies: Al-Qaeda and the five foundations of morality (nota slaid)
>>> When morality opposes justice: Conservatives have moral intuitions that liberals may not recognize (makalah, format PDF) wajib baca
>>> Wawancara majalah 'Believer' bersama Jonathan Haidt
>>> Ceramah di persidangan 'New Yorker 2012' (video 15 minit)
>>> Ceramah di persidangan 'Beyond Belief: Enlightenment 2.0' (video 30 minit) wajib lihat
>>> Is ‘do unto others’ written into our genes? (New York Times, 18 Sept 2007) wajib lihat
>>> Moral psychology and the misunderstanding of religion (Edge) wajib baca
Sunday, February 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
If you have a website, you can use Google Trends for your website traffic
to increase as well. Office goers and people who are travelling often do not get time to read news from
the newspaper or watch it to get good information they could subscribe for sports SMS alerts.
I want to mention a part of the Prime Law (Twelve Visions Party) which is part of
Neothink.
Also visit my web-site; Latest Daily News
Post a Comment