Monday, April 30, 2007

Kenapa budak sains suka usrah?

Artikel pendek ini, antaranya, cuba menjawab pertanyaan "kenapa pelajar yang mengambil sains tulen, perubatan atau kejuruteraan mudah terlibat dengan gerakan Islam, usrah atau pemikiran fundamentalisme Islam"?

Marilah kita bahaskan persoalan ini. Rujuk juga edisi Inggeris seperti pautan di kaki artikel tersebut.

Selamat membaca dan mengkritik. Fathi Aris Omar



Pabila Galileo Bertemu Allah
Oleh FARIDA FAOUZIA CHARFI

Kebanyakan negara-negara Arab hari ini melalui krisis politik dan kebudayaan yang teruk. Setelah kegagalan nasionalisme Arab dan lenyapnya khayalan pertumbuhan pesat ekonomi dan sosial, sebahagian masyarakatnya mencari penawar dengan cara kembali kepada perkara kudus.

Bagi sesebuah masyarakat tradisional menerima modeniti bererti menerima kegelinciran yang disebabkan oleh apa juga perubahan radikal. Pengalaman buruk ini mungkin dapat ditanggung sekiranya ituah harganya pembangunan. Tetapi, sekiranya proses pembangunan terbukti tak terjangkau, segalanya menjadi pahit. Memandangkan pembaikan ekonomi tidak berlaku pada masanya dan sebagai yang dijanjikan dunia Arab-Islam, tradisionalis konservatif mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan ideologi fundamentalis dengan paksaan. Revolusi Iran atau rampasan kuasa oleh Islamis di Sudan terjadi menurut dinamik ini. Di tempat-tempat lain, Islamis juga cuba memaksakan aturan agama mereka melalui kekerasan.

Pembunuhan para intelektual dan orang asing di Mesir atau Algeria, sebilangan hukuman bunuh yang dijatuhkan terhadap para penulis — semua berpunca dari amalan yang dahulu kita sangkakan telah ditinggalkan. Tindakan-tindakan ini menunjukkan bahawa para fundamentalis terkurung dalam sebuah dunia yang asing bagi manusia moden; ia memperlihatkan kepalsuan dakwaan para fundamentalis bahawa mereka menyokong kemodenan, ilusi yang dikongsi bukan saja oleh para penyokong mereka yang terpedaya tetapi juga dipercayai oleh sebilangan pemerhati Barat yang mengalu-alukan budaya yang mereka pandang sebagai penemuan semula keaslian budaya-budaya yang telah dinyahjajahkan.

Di negara-negara berkenaan di mana fundamentalisme telah mencengkam kalangan muda di universiti-universiti, jika diperhatikan para pelajar fundamentalis merupakan majoriti di fakulti-fakulti sains. Situasi ini mengejutkan para pemerhati Barat kerana mereka cenderung untuk percaya yang minda saintifik semestinya moden.

Selayang pandang, seseorang menjangkakan majoriti fundamentalis di kalangan ahli fekah dan persuratan kerana bidang sains kemanusiaan dan sains sosial, tidak seperti sains fizikal, dapat menyediakan jalur perhubungan dengan masa lalu.

Bagaimanapun, ia hanya merupakan paradoks yang jelas. Sains kemanusiaan, sastera, dan falsafah membolehkan permasalahan dilihat secara global dalam masa, menerusi sejarah idea, dan dalam ruang, menerusi kajian perbandingan tentang tamadun-tamadun berlainan. Dengan demikian, bidang-bidang ini menggalakkan keterbukaan minda. Sains tulen tentunya juga dapat memastikan keterbukaan minda seperti itu tetapi itu hanya jika ia diajar dalam cara yang betul dan sekiranya ia tidak dipisahkan dari teori sehingga yang tinggal dalam kandungannya hanya teknik. Selain itu, menurut pemerhatian, fundamentalis lebih ramai dalam jurusan kejuruteraan berbanding sains. Dalam ertikata lain, mereka lebih merupakan pengguna natijah sains dan bukannya pencipta.

Berlawanan dengan apa yang mungkin dijangkakan orang, pendidikan saintifik tidak bersamaan dengan modenisasi minda
. Dan Islamis tidak begitu dapat menyesuaikan diri dengan kemodenan.

Bahkan, tradisionalis dan Islamis menolak asimilasi kerana matlamat mereka adalah di sebaliknya: untuk mendapat kuasa pemerintahan negara demi “mengislamkan semula” masyarakat yang telah dirosakkan oleh nilai-nilai Barat.

Seperti disebut Olivier Roy, Islamis tidak menyokong sebuah “pengembalian” kepada apa yang telah wujud sebelum ini seperti yang disuguhkan oleh para fundamentalis; sebaliknya mereka cuba melakukan “penyesuaian semula secara politik masyarakat dan teknologi moden.” Secara ringkas, fundamentalis Islam mahu mentadbir masyarakat dengan idea lampau dan kemudahan teknikal kemodenan.

Sewaktu pertemuan pra-pilihanraya pada 1991, para pemimpin fundamentalis Algeria tidak teragak-agak menggunakan teknologi laser untuk melakarkan pada awan di langit kalimat suci “Allahu Akbar” untuk membuatkan khalayak percaya bahawa mereka sedang berbicara secara langsung dengan Tuhan.

GALILEO BERTEMU ALLAH Pada dasarnya, para fundamentalis Islam tidak mengakui asas-asas teori sains moden. Mereka menolak budaya saintifik moden dari puncanya lagi — apabila Bumi pertama kali dipancut keluar dari kedudukannya yang sentral di dalam kosmos.

Model Ptolemy, diterima selama 14 kurun di seluruh lembangan Mediterranean, pertama kali dibersihkan dari ruang-ruang cakrawala tetap di mana bintang-bintang berada, yang, kerana sifatnya yang jelas tidak berubah, merupakan simbol kesempurnaan dan ketuhanan. Copernicus menurunkan darjat bumi menjadi hanya sebuah planet, setaraf dengan planet-planet lain di dalam sistem solar. Sekitar tahun 1915, Shapley “mengalih” kedudukan sistem solar daripada kedudukan di pusat galaksi kepada pinggir. Matahari baginya cuma salah satu di antara berbilion bintang yang mendiami galaksi, bukan wajah Tuhan yang tidak berubah. Menerusi cara-cara ini sains moden memusnahkan sistem rujukan istimewa yang dikemukakan agama.

Masyarakat Islam tidak memberi sumbangan kepada penguasaan pengetahuan ini. Ia diam di luar kegiatan penyelidikan yang menjadi asas kemodenan saintifik.

Satu bentuk reaksi Islamis terhadap ketinggalan mereka dalam melakukan penemuan penting dan penakrifan semula sains moden ialah dengan melebih-lebihkan sumbangan Arab dalam bidang sains dan meluahkan keraguan terhadap sumbangan sebenar Barat terhadap kemajuan saintifik. Ia akan sungguh-sungguh menegaskan bahawa hukum optik yang disebutkan Descartes seluruhnya merupakan buah dari hasil kerja Ibn al-Haytham. Benar bahawa sains matematik telah berkembang kerana sumbangan Arab, tetapi sumbangan mereka dalam bidang astronomi telah dilebih-lebihkan. Mereka menghasilkan peralatan astronomi dan mengayakan repertoir pengkajian astronomi.

Bagi saintis moden, walaupun sumbangan ini bermakna, ia bukan penentu. Hakikatnya, Arab tidak pernah mengemukakan sebarang pandangan baru tentang dunia; mereka tidak pernah mencabar model lama Ptolemy.

INGATAN MEMILIH-MILIH PUAK ISLAM Sesuatu yang amat penting dalam hubungan ini ialah fundamentalis tidak memeluk seluruh warisan Islam, khususnya falsafah rasional yang didukung oleh Ibnu Rusyd (kurun ke-12), yang disebut sebagai Averroes oleh bangsa Latin. Ibnu Rusyd terkenal kerana ulasannya terhadap tulisan-tulisan Aristotle dan kerana hasil kerja falsafi beliau yang telah membawa kepada pemisahan antara iman dan pengetahuan, antara agama dan falsafah.

“Tidak ada yang dapat menjadi bukti lebih baik bagi kepintaran ilahi dari susunan alam semesta,” tulis Ibnu Rusyd. “Susunan alam semesta dapat dibuktikan oleh akal. Menafikan sebab akibat (causality) bererti menafikan kepintaran ilahi, kerana sebab akibat adalah hubungan yang perlu. Fungsi akal ialah untuk menemukan sebab akibat dan apa yang menafikan sebab akibat bererti menafikan akal dan tidak memahami sains dan pengetahuan.” Ini kata-kata yang dituliskan Ibnu Rusyd dalam karya terkenal beliau, “Tahafut al-Tahafut” (Kerancuan dalam Kerancuan Para Filasuf), sebagai jawapan kepada karya al-Ghazali (kurun ke-11) “Tahafut al-Falasifah” (Kerancuan Para Filasuf).

Dengan mengakui bahawa hukum ilahi menuntut kajian rasional ke atas benda-benda dan di sana, dengan itu, tidak ada pertentangan antara hukum ilahi dengan falsafah, Ibnu Rusyd menyediakan jawapan terhadap pandangan-pandangan anti-rasional Ghazali.
Bagi Ghazali, dunia ini tidak abadi. Tuhan telah wujud tanpa dunia dan kemudian wujud bersama wujudnya dunia. Kehendak-Nya adalah bebas dan tidak terikat. Tuhan merupakan satu-satunya punca bagi setiap benda dalam dunia ini.

Dalam Tahafut al-Falasifah, Ghazali menolak semua ketundukan alam kepada hukum-hukum yang mengikat kehendak Tuhan. “Alam semesta adalah voluntari. Ia merupakan ciptaan tetap Tuhan dan tidak menurut sebarang norma…tuan pertama adalah Tuhan dan pengetahuan diberikan menerusi wahyu pada permulaan dan seterusnya menerusi para nabi…”

Bagi Ghazali, pengetahuan hanya tumbuh dari wahyu: “…prinsip sains tabie ialah untuk mengakui bahawa alam berkhidmat kepada Tuhan: Ia tidak bertindak dengan kerelaan sendiri sebaliknya untuk berkhidmat kepada penciptanya. Dengan cara inilah matahari, bulan, bintang dan unsur-unsur tunduk kepada perintah ilahi: tidak ada padanya yang membenarkannya bertindak spontan…Walaupun tidak berkaitan agama, matematika adalah asas sains-sains lain. Dengan itu, orang yang mempelajarinya menghadapi risiko dijangkiti kejahatan-kejahatannya. Hanya sedikit yang dalam melakukan pengiraan tanpa terdedah kepada bahaya kehilangan iman.”

Pandangan al-Ghazali hadir dalam wacana para fundamentalis hari ini. Mereka enggan mengakui bahawa manusia telah merumuskan representasi alam berdasarkan penemuan hukum-hukum fizik asasi. Mereka tidak dapat menerima bahawa keupayaan sedemikian dianugerahkan kepada manusia.

Bagi para fundamentalis, semua misteri alam telah dijelaskan dalam Quran. Tuhan mentadbir alam yang, dengan itu, kawalan-Nya tidak boleh ditentukan oleh hukum fizik yang berfungsi secara berautonomi. Pandangan Ghazali dan para fundamentalis dibantah oleh konsepsi Ibnu Rusyd: “Punca penolakan mereka terhadap sebab akibat tabie terbit daripada rasa takut mengetahui bahawa dunia lahir dari sebab tabie dan [alangkah baiknya] jika mereka mengetahui bahawa tabie dicipta dan tidak ada bukti lebih baik akan kewujudan Pembuat selain kewujudan objek yang tersusun sempurna ini…”

Ibnu Rusyd dihukum kerana pandangan-pandangannya. Dia dibungkam diam. Banyak bukunya dibakar. Mumpung, karya-karyanya kemudian ditemui semula dan diterjemah ke bahasa Ibrani dan Latin di Barat.

Selama beberapa kurun di dunia Muslim, pemikiran Ghazali menguasai. Para fundamentalis dengan itu memilih teknologi berbanding sains yang menggalakkan pemikiran. Secara paradoks, tulisan-tulisan seorang yang seperti Ibnu Rusyd yang telah berusia lebih 10 kurun lebih sejajar dengan semangat rasional zaman kita berbanding pandangan yang sekarang ini dipegang oleh Islamis yang “saintifik”.

Pada hujung kurun ke-20, sulit untuk tidak mengiktiraf kemajuan, sebagai contoh, dalam bidang fizik atau biologi. Islamis mengakui perkara yang tidak mengandungi risiko mencabar penjelasan yang diberikan kitab-kitab agama. Hasil kemajuan dalam bidang biologi, mereka rela mengekalkan kesan dari perkembangan perubatan; tetapi teori evolusi spesis tidak perlu diajar. Hasil kemajuan dalam bidang fizik, pembangunan pesat komunikasi dengan rela dibiarkan, tetapi gusar dengan nilai kelajuan cahaya yang boleh dihitung dan ditentukan.

Untuk menerima hanya sebahagian hukum asas fizik sama seperti menganggap seluruh teori tidak koheren. Langkah rasional adalah dengan mengemukakan teori lain yang koheren secara logik; ini menuntut analisis ke atas prinsip-prinsip yang melapisi teori dan hubungannya, bukan dengan sekadar menolak sebahagiannya. Untuk menjalankan tugas sedemikian, minda terbuka yang bebas dari segala kekangan adalah perlu.

Untuk meneroka, memahami, mengritik, membuat pembaharuan, mencipta tanpa melarang sebarang pertanyaan, tanpa mengharamkan sebarang bidang dan membiarkan imaginasi bergerak bebas — semua ini menunjukkan bahawa seseorang telah membebaskan diri dari semua dogma. Malangnya bukan ini yang terjadi di dunia Islam di mana rujukan terhadap yang kudus tidak dapat tidak mesti dibuat dan perkara paling betul dibuat secara sosial ialah akur dengan Islam berbanding mempercayai Tuhan.

ATAS NAMA TUHAN Atas alasan merujuk kepada “yang kudus” pengetahuan saintifik dikudungkan. Atas nama yang sama juga kebebasan ekspresi dan imaginasi dibataskan ke tahap menghukum bunuh penulis-penulis.

Atas nama “yang kudus”, pada Jun 1992, militan Mesir membunuh Farag Rouda, penulis yang mereka hitung sebagai murtad. Atas nama Tuhan para fundamentalis melancarkan kempen ke atas profesor Nasr Hamed Abou Zeid, juga dituduh murtad, agar dia diceraikan daripada isterinya. Tindak-tindak sebegini mendedahkan kepada semua kita bagaimana fundamentalisme merendahkan kecerdasan otak ke tahap reflek emosi dan luapan.

Langkah tidak rasional meliputi kekangan terhadap kemajuan budaya dan saintifik negara-negara Islam di mana pemikiran saintifik dalam banyak sudut kurang bebas berbanding beberapa penggal tertentu dalam Abad Pertengahan. Di Eropah Kristian sejak kurun ke-13 pemikiran moden dibangunkan. Ia memberi laluan daripada kitab suci kepada teks yang ditafsirkan, berevolusi, dan justeru itu membuka ruang untuk akal.

Dalam kajian perbandingan Islam dan Kristian disebutkan bahawa titik sampai Islam merupakan titik berlepas Kristian. Sejarah pembukaan dalam Kristian menjadi sejarah penutupan dalam Islam.

Masa tiba lagi untuk menghidupkan semula Ibnu Rusyd bagi “membuka” Islam sepertimana Galileo memberi kesan besar terhadap perkembangan pemikiran saintifik moden. Sekiranya Islam tidak mampu dalam era ini untuk memisahkan pengetahuan dari kepercayaan, ia akan mendapati dirinya semakin jauh terpisah dari baki dunia yang berlumba memasuki kurun seterusnya.

(Teks asal berbahasa Inggeris di sini New Perspectives Quarterly, Winter 2002, Vol 19 #1)

FARIDA FAOUZIA CHARFI adalah profesor di Fakulti Sains, Institut Preparatoire aux Etudes Scientifiques, Tunisia. Beliau merupakan antara saintis wanita Afrika Utara yang paling lantang. Asalnya diterbitkan di Jalan Telawi.com 13 Disember, 2005.

14 comments:

Anonymous said...

Selamat sejahtera
Minta maaf pasai x guna bahasa arab pasai ikut AKAI maksud samakan antara arab dan melayu kan kita orang melayu gunalah bahasa melayu no. Tuhan pun paham bahasa melayu no Aku tertariklah dengan hang ni, pasai otak hang memang best x jumud(guna bahasa arab pula) macam depa.

Akupun pikiaq juga pasai apa , orang macam aku ni suka sangat kat golongan fudamentalis, tapi orang macam hang YANG OTAK CUKUP PANDAI x suka.

Aku teringat satu ceramah ustad dia tanya jemaah pasai apa ISLAM diturunkan kat ARAB JAHILIAH bukan ORANG ROM ka atau ORANG GREEK.ka. Kami kata kami x taula.

Dia kata, masalahnya Orang Rom menganut agama kristian, dari segi rasionalnya, bagaimana kalau sorang orang rom nak bawa satu agama yang lain nati depa kata ciplak dari kristian juga. Aku pikiq-pikiaq betoi juga kata dia

Bagi orang Greek depa ni kuat dengan falsampah, jadi depa ni meletakkan akai didepan macamana Islam nak bagi hujah , pasai x secara langsuk otak depa ni dah di blok pasai bagi depa , AKAI NI ADALAH SEGALA-GALANYA. Contoh ustad tu kata , syurga neraka, kalau pakai AKAI mana nampak. Kalau katakan RASUL datang dari orang Greek ni jenohlah berapa tahon hanya nak terang kat depa ni pasai DEPA LETAK AKAI MACAM TUHAN, Betoi juga kata Ustad ni walaupun dia x guna ayat quran tapi cara logik betoi juga.

Orang Arab senang, pasai depa percaya kat Tuhan, tapi depa ni banyak tuhan itu saja, jadi Bila mai RasulAllah mudahlah rasul terangkan pada depa konsep TAUHID pada ALLAH senang kan. Betoi juga

Akupun pikiaq juga, tapi aku ni x lah pandai macam hang bahasa hang Boomastik, fuuyoh hebat, pasai hang guna AKAI hang yang cukup HEBAT KATAKAN. Akupun kaitlah pasai apa orang macam aku ni , orang Kejuteraan suka bangat (pinjam bahasa Indon, bolehla pasai hang pon pandai cakap indon pasai kawan hang banyak kat Utan Aji, JIL ) oarang macam kami , pandai MATEMATIK aku rasa kalau aku buat test matematik SPM mesti hang x boleh dapat A mesti dapat F (maaf no melawak ), ilmu Matematik bentuk logik(pasai pakai otak kiri), jadi kami pon guna lah logik akai untuk kaitkan dengan tuhan , tuhan jadikan alam semesta, dari situ nampaklah kebesaran Allah kami juga minat SAINS secara x langsung subjek SAINS mendekatkan kami dengan TUHAN , contoh cerita dlm AlQuran kejadian manusia dari air ,mani aku rasa hang pon paham juga pasai asai hang pon dari lubuk usrah dulu.

Orang sains macam kami banyak melihat sekeliling yang Allah ciptakan (inilah dikatakan ayat-ayat Allah) Aku ni dari Kejuteraan Elektrik Kominikasi, bagaimana satu gelombang bergerak dari satu media ke media yang lain, nampak tak gelombang tersebut? X nampak kan tapi kita boleh dengar muzik dari radio . Subhanallah nampak x SURGA x kan, tapi SURGA ada sepertimana adanya suara dari Radio. Inilah sebabnya pasai apa orang macam kami minat bangat kat ISLAM , CINTA SANGAT KAT ALLAH , CINTA SANGAT KAT RASUL. SAMPAI APA-APA DARI RASUL MESTI KAMI PERCAYA. KAMI SEPERTI SAHABAT RASUL ”SAMIAK NA WA ATOKNA” KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH

Aku pun boleh tanya hang balek, pasai apa banyak bangat golongan yg ambik kursus sains sosial ni anti agama (x semua). Pandangan aku , depa ni mengaji pemikiran-pemikiran dan falsafah-falsafah manusia , disebabkan keyakinan pada akidah islam tidak mantap, depa rasa teori-teori yang depa mengaji ni nampak hebat itu sebab ada dikalangan depa ni anti pada Islam . Depa nilah yang cuba tafsir Islam ikut akai depa , beza dengan kami akai kami suci bersih mudahlah kami faham Islam yang hak yg dibawa oleh golongan fudamentalis

Orang geng hang ni banyak guna akai (tak taulah kami ni guna akai sebelah kiri saja), jadi bila KITA HANYA GUNA AKAI SEMATA-MATA, nak cerita pasai agama mana bolehkan . Mana akai mau terima sembahyang buat penat saja dapat apa kan. Zakat bayaq buat apa , buat rogi saja. Posa buat apa kan dapat apa lapaq saja. Naik haji buat apa susah-susah lebih baik pi Mante Carlo boleh main judi kan . Ini kalau kita guna akai
Itu sebab orang yang ambik kursus Sains Sosial(bukan semua ) hanya semata-mata guna AKAI yang pendek nak pikiaq pasai ISLAM mampuihla , awai-awai lagi kata ISLAM ni jumud . Kalau la ada orang macam ni pd zaman nabi ketika nabi di ISRAK dan MIKRAJ tentu kata nabi GILA , tapi kita ukur dengan Iman bukan dengan Akai tu pasai Saidina Abu Bakar di gelar As Sidiq.

Aku teringat dulu-dulu masa aku mengaji ambik subjek Sains Sosial (subjek terpaksa ), adalah sorang Pensyarah melayu, kata agama ini adalah satu Budaya. Aku tanya dia Islam tu satu budaya la , dia kata betoi Apalagi aku pun tanya dia balik, baju Melayu adalah satu pakaian budaya Melayu, kalau macamtu kita boleh pakai dan x pakai pun x pa. Dia kata betoi kerana budaya adalah satu amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu bangsa. Aku pun kata balik kalau macamtu kita boleh sembahyang dan masa lain x perlu sembahyang, ada masa kita posa ramadan dan ada masa x perlu posa ramadan. Dia kata mana boleh solat dan posa itu wajib, lepas tu aku pun kata balik tu encik kata Islam tu budaya ? Dia kata ini dia kutip dari satu buku dari seorang pengarang dari Barat (aku lupa nama dia) Inilah kecelaruan fikiran bila kita cedok ilmu tanpa kita suluh dengan Akidah dan Iman.

Secara kesimpulannaya golongan kami ini adalah golongan yang tidak di asak dengan pemikiran-pemikiran sampah sepertimana yang ada dalam golongan kursus Sains Sosial dan Kemasyarakatan (x semua) yang di RACUNI OLEH GOLONGAN LIBERAL YANG ANTI ISLAM

Aku rasa takat ni saja, coloteh aku minta maaf banyak-banyak pasai aku guna bahasa daerah aku bahasa aku x boombastic macam bahasa hang sebab orng teknikal bahasa dia kureng sikit, bahasa aku yg agak kasaq, pasai artikel hang pon nampak KURANG AJAR JUGA JADI LEBIH BAIK KURANG AJAR LAWAN KURANG AJAR. Biasakan orang macam kami ni setereo taip pasti akan kata YANG BAIK ITU DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI AKU YG LEMAH INI . InsyALLAH aku akan kritik cikgu hang tu nanti pada artikel seterusnya WALLAHUALLAM

Kaki Bangku said...

Abang Fathi,

Saya kurang jelas apa sebenarnya kaitan artikel tersebut dengan kecenderungan pelajar terhadap usrah.

Pertamanya, kenyataan sebegitu seolah-seolah membuat kesimpulan awal secara pukul rata bahawa semua usrah tergolong dalam stereotaip fundamentalis ala al Qaeda.

Sedangkan, aliran usrah ikhwan zaman Qutb dan Maududi tidaklah sama dengan sekarang akibat krisis kepimpinan gerakan Islam di Mesir selepas crackdown oleh Nasser. Di Mesir golongan yang barangkali boleh disumbatkan dalam stereotaip penulis artikel tersebut ialah kumpulan serpihan Ikhwan bernama Al Takfir Wal Hijra. Pada masa sama, para Ikhwan arus perdana waktu itu berevolusi kepada haluan conformist di bawah kepimpinan Hasan al-Hudaibi dan pemimpin-pemimpin terkemudian darinya.

Penulis tersebut membuat lagi satu glaring error, iaitu menyatakan bahawa para fundamentalis berpegang kepada teologi al-Ghazali. Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa secara umumnya aliran salafiyyah yang didukung oleh golongan fundamentalis menolak teologi al-Ghazali, sebaliknya mengambil pendirian Ibn Taymiyyah.

Barangkali ada benarnya bahawa aliran Ibn Taymiyyah cenderung kepada kejumudan terhadap diskusi peradaban, tamadun dan falsafah. Namun, generalization sebegini tidaklah terlalu adil. Para pemikir besar Islam di US yang dikatakan "moden" seperti Ismail Faruqi dan Fazlur Rahman juga banyak menyokong pandangan Ibn Taymiyyah. Dan kedua-dua tokoh intelektual tersebut beraliran sains sosial, bukan sains tabie. Meskipun begitu, mungkin kedua-dua individu ini adalah exception dan memang benar, rata-ratanya pendukung teologi Ibn Taymiyyah boleh digolongkan dalam stereotaip anti-sains @ pro-teknologi seperti yang dinyatakan oleh penulis.

Jika kita analogikan pergolakan ini dengan agama Kristian, aliran Salafiyyah bolehlah dikatakan seperti perjuangan Martin Luther dan lain-lain tokoh Reformation. Dan ternyata sejarah menunjukkan bahawa Reformation ini membawa banyak pincang dan kucar-kacir kepada agama Kristian.

Berlakulah pertumpahan darah akibat tuduh-menuduh heresy terhadap satu sama lain. Akhirnya lahirlah pecahan-pecahan Kristian sekarang, baik Anabaptist, Baptist, Methodist, dan banyak lagi. Tindak balas daripada kegagalan Reformation ini boleh dikaitkan dengan kemunculan era Enlightenment yang rata-ratanya berpegang kepada sentimen anti-agama dan kebebasan mutlak. Saya analogikan era ini dengan pendukung-pendukung neo-muktazilah seperti penulis artikel tersebut.

Dalam hal ini, saya berpendapat kita perlu kembali kepada warisan tradisi Islam bersanad Ahli Sunnah Wal Jamaah. kita miliki hindsight pengalaman Kristian yang kini tinggal orthodoxy tanpa orthopraxy yang wajar menjadi pengajaran berguna.

Mahu reform, boleh, tapi dalam kerangka yang autentik bersanad. Mungkin boleh diakui sewaktu munculnya para reformis sewaktu era Imperialisme kelihatan peradaban Islam tradisional tampak lemah. Namun, jalan keluarnya bukan dengan meninggalkan warisan tersebut, sebaliknya memperbaikinya dalam kerangka autentik yang pernah ditunjukkan oleh para ilmuwan seperti al-Ghazali, Ibn Khaldun, Shah Waliyullah al-Dihlawi dan lain-lain.

Bak pepatah Inggeris, "If it ain't broke, why fix it?"

Maaf jika penulisan agak tidak teratur.



Sekian,

Kaki Bangku
Pelajar Kejuruteraan Elektrik

Anonymous said...

Kaki Bangku,

Fundamentalisme tidak sama dengan terorisme. Jadi, tiada kena mengena dengan "usrah ala al-Qaeda" seperti anda tulis di atas.

Saya sendiri, mengutip ahli sosiologi Mesir Saad Eddin Ibrahim, pernah menyebut hal ini. Bagi saya, selalunya golongan serpihan yang bertindak ganas (lalu digelar "teroris"). Yang lain, hanya disebut fundamentalis.

Tetapi dalam artikel di atas, penulisnya tidak membahagikan sedemikian rupa.

Apa kaitannya usrah dengan artikel ini? Lihat perenggan/ayat yang diberikan warna jingga.

Tulisan ini tentang sains dan falsafah dalam masyarakat Islam. Tetapi di sini dimasukkan juga sebahagian analisa tentang "kenapa golongan fundamentalis -- sebahagian metodnya mengadakan usrah -- cenderung daripada golongan sains".

Glaring error? Cuba semak semula artikel tersebut.

Mengikut kefahaman saya, golongan majoriti Sunni memang menjadikan al-Ghazali sebagai panduan dalam melihat/menilai persoalan falsafah.

Kaki Bangku said...

Abang Fathi, terima kasih atas respon itu.

Benar, fundamentalisme tak sama dengan terorisme. Itulah yang ingin saya tegaskan. Tapi mengapa penulis tersebut membuat generalization sebegitu rupa? Glaring errors sebegini menjatuhkan kredibiliti penulis.

Saya setuju al-Ghazali adalah rujukan primer dalam tradisi Islam. Tetapi penulis tersebut merujuk kepada puak fundamentalis, bukan mainstream tradisionalis. Ramai di kalangan fundamentalis menolak pandangan al-Ghazali dan ulama-ulama aliran Asyairah lain dan sebaliknya berpegang kepada pendekatan Ibn Taymiyyah. Alangkah bagusnya jika kita kembali kepada kerangka "Ghazalian"...

Penulis tersebut telah memberi tanggapan buruk dan tidak tepat terhadap al-Ghazali dengan membuat dikotomi buta-falsafah Ghazali dan petah-falsafah Ibn Rushd. Sedangkan pihak yang cenderung kepada pegangan anti-rasional, anti-falsafah, anti-peradaban ialah peminat-peminat Ibn Taymiyyah. Al-Ghazali berada di tengah-tengah antara Ibn Rushd dan Ibn Taymiyyah mengenai persoalan sains/falsafah.

Dan saya rasa jalan tengah inilah yang perlu kita tonjolkan semula dalam menangani kedangkalan intelektual di kalangan ahli-ahli usrah. Para pengikut usrah wajar membaca karya-karya ulama "jalan tengah" zaman lampau seperti Ibn 'Abbad, al-Shatibi, Ibn Khaldun, Shah Waliyullah dan juga yang kontemporari seperti Abdal Hakim Murad, Hamza Yusuf, Umar Faruq Abdullah, Ibrahim Niasse dan lain-lain.

Mereka cukup mahir membahaskan sudut kemanusiaan, sastera dan falsafah lalu "membolehkan permasalahan dilihat secara global dalam masa, menerusi sejarah idea, dan dalam ruang, menerusi kajian perbandingan tentang tamadun-tamadun berlainan. Dengan demikian, bidang-bidang ini menggalakkan keterbukaan minda. (memetik terjemahan abg Fathi).

Saya sudahpun membaca beberapa karya moden pendukung neo-muktazilah yang penulis tersebut junjung sebagai penyelesai masalah intelektual malaise umat Islam. Antara pemikir yang mungkin dimaksudkan ialah Ali Abdal Raziq (Problem of the Caliphate), Muhammad Said al-Ashmawy (Islam and the Political Order) dan Ali Asghar Engineer.

Saya dapati golongan ini mengetengahkan pandangan yang negatif dan berat sebelah terhadap sejarah Islam. Mereka juga tidak mengambil serius persoalan eschatology. Dalam karya-karya penulis "jalan tengah" saya menemui perdamaian antara kritikan dan pujian terhadap perbahasan falsafah dan politik semasa mahupun lampau.

Oleh itu, pertamanya, saya setuju sains tabie tidak semestinya menjamin kefahaman luas dan terbuka terhadap persoalan civilization dan kemanusiaan. Malah mereka yg tidak terdedah kepada sains sosial lazimnya mengambil tafsiran-tafsiran zahir dan cuba merasionalkannya dengan kemampuan terhad mereka.

Tapi penyelesaiannya bukanlah untuk beralih kepada aliran neo-muktazilah. Saya bukanlah nak kata mereka ini kafir dan seumpamanya, cuma bahawa dalam ruang lingkup tradisi islam itu sendiri sudah cukup banyak ruang kebebasan dan kerancakan perbahasan intelektual. Sekali lagi, "if it aint broke, why fix it?".

We need an Erasmus, not a Luther. (Mereislam.info)

Anonymous said...

SAMBUNG KRITIK CIKGU FATHI

Aku pun nak kritik(pakai bahasa boombastik hangla) sikit dengan Cikgu hang yang nama FARIDA FAOUZIA (seperti dalam gambar) CHARFI hebat dia no professor aku rasa ARTIKEL DIA PUN X ILMIAH LANGSUNG AKU YANG X DAK PROF PUN BOLEH MEMATIKAN HUJAH DIA , X PERLU BAGI YG ADA PROF NAK JAWAB HUJAH DIA.
Sebelum aku gomel lebih lanjut aku nak kritik pribadi dia dulu no. Aku nak ambik satu contohla, katakan seorang pengamal perubatan , dia bercakap berkaitan dengan perubatan tentula dia akan aplikasi apa yang dia cakap pada diri dia dulu sebelum orang lain. Begitu juga kalau kita seorang Islam tentulah semua ajaran Islam kita amalkan dulu sebelum kita suruh orang lain laksanakan contohnya bertudung bagi seorang perempuan. Tapi aku faham tok guru hang ni bukan seorang fudanmentalis yang akan turut apa saja tanpa perlu di kritik dulu, pak turut katakan golongan fudamentalis ni. Tapi tok guru hang ni seorang kritis dan liberalis, buat apa susah-susah nak pakai tudung kan tudung tu untuk orang yang jumud orang zaman moden ni buat apa susah-susah nak pakai tudung rimas dan panas saja kan. Melalut pula aku mari kita masuk pada isu yang sebenarnya.

Tok guru hang kata ” menurut pemerhatian, fundamentalis lebih ramai dalam jurusan kejuruteraan berbanding sains, aku nak habaq kat hang tok guru hang melalut
Sains apa? bagi aku golongan fudamentalis ramai dalam jurusan kejuteraan dan sains tulen tapi golongan macam tok guru hang ni banyak dalam jurusan sains kemanusiaan. Sekali-kali tu aku pun minta hang lawati sama web harun yahya, dia ni satu kapai dengan tok guru hang di Benua Afrika tetapi Harun Yahya dari Turki http://www.harunyahya.com/, bagaimana dia menggunakan fakta sains dan dikaitkan dengan ayat-ayat Al Quran untuk mematikan hujah golongan Sintis barat yang LIBERAL(adik sepusat sepusing dengan Islam Liberal). Satu lagi golongan saintis di Pakistan la ni yang kebanyakkan rata-rata dari golongan fudamentalis, mereka ni banyak membantu Pakistan dalam pembangunan negara (Pakistan adalah salah satu negara yang menggeluarkan kuasa Nuklear dunia), itu sebab Amerika cuba menggunakan pengaruh politik ke atas Presiden Pakistan untuk menekan Jamiati Islami yang merupakan golongan fundamentalis.

Dari pragraf yang sama , tok guru hang kata orang yang belajar dalam bidang sains kemanusiaan, falsafah menggalakkan keterbukaan minda ? Apa yang dimaksudkan keterbukaan minda, adakah keterbukaan minda ini maksudnya kita boleh kritik apa saja sehingga kepada dasar-dasar agama? Apa hebat sangat dengan minda yang Allah telah dianugerahkan kepada manusia ini, sedangkan minda yang kononya hebat akan sampai masanya akan mengalami kemurungan, kesedihan, sehingga sampai satu tahap akan nanyuk dan gila. Berlaku di Amerika di mana seorang Professor di bidang psikitiari telah membunuh diri kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit mental beliau, hebatkah minda ini sehingga sanggup membunuh diri , aku minta hang baca satu artikel dari Harun Yahya mengupas berkenaan dengan KERACUNAN MINDA GOLONGAN MATERALIS ALIAS LIBERAL YANG SANGAT-SANGAT HANG AGUNGKAN AKU AKAN EMAILKAN KAT HANG MINTA KOMEN HANG. LAST SEKALI AKU MINTA HANG TINGGAL LA PERJUANGAN YANG YANG MERAPU NI , LEBIH BAIK HANG KUPAS ISU MENGAPA ISLAM DIHINA SAMPAI TEROK SEKALI TERUTAMA DARI TOK SHEIKH HANG SEPERTI FARIDA FAOUZIA, CAK NUR DAN GENG HANG DARI JARINGAN ISLAM LIBERAL PASAI DEPA SESAT LAGI MENSESATKAN(nanti hang marah kat aku pula suka hukum orang)
TANK YOU (MINTA MAAF X GUNA BAHASA ARAB TAKUT HANG FOBIA)

Anonymous said...

i liked your thing:) dsjuifds v

Anonymous said...

No, tank you. kljajfj mamsk awias asfaf kasfjs eyarwi ysy rwuu autuesu usu wyrwqoro jhfasn mansfsi hafaisf!! ogenstein!

Anonymous said...

Aku tak merasakan artikel ini menerangkan secara menyeluruh kaitan antara minat pelajar peljar sains tulin terhadap usrah.

Begitupun secara umum ia boleh jadi guideline terhadap sebarang pemerhatian ke atas sikap umat islam untuk menjadi fundamentalis dan juga sikap mereka terhadap falsafah dan sains.

Aku menyetujui pendapat penulis artikel ini bahawa umat islam agak suspicious dengan pemikiran saintifik dan juga modenisasi.

Kekeliruan serta mungkin ketidakmampuan untuk deal dengan modenisasi maka umat islam terkulai layu lalu terperangkap dengan proses penyesuaian di antara apa yang mereka anggap sebagai fundamental/ asas agama/ iman/akidah/syariah dengan modenisasi( di antaranya konsepsi demokrasi dan penggunaan teknologi).

Anonymous said...

Betul, artikel ini tidak menyentuh persoalan tersebut (usrah) secara langsung.

Ia mengaitkan, di sebahagian tempat (seperti ditandakan), hubungan antara golongan yang digelar "fundamentalis" Islam dengan sikap mereka terhadap sains. Dan juga, kenapa mereka dari aliran sains ini cenderung ke arah gejala fundamentalisme agama.

Saya membuat hubungan (secara tidak langsung) antara kumpulan fundamentalis dengan satu kegiatan rutin mereka, usrah.

Karen Armstrong, pengarang The Battle for God, cuba menjelaskan fenomena fundamentalisme ini dalam masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi.

Sedikit sebanyak, huraian artikel di atas ada persamaan atau hubung kait dengan analisis Armstrong. Seingat saya, bagaimana ilmu modern, misalnya sains yang sarat positivisme dan "saintisme", menipiskan (kalau tidak mahu disebut "menggersangkan") simbolisme atau mitos.

Maaf kalau saya salah kerana buku tersebut telah dipinjam teman. Saya semak semula -- jika ada kesempatan.

>>> Artikel ini bukan diterjemahkan oleh saya. Ia diterbitkan kembali daripada JalanTelawi.com

Anonymous said...

Aku sebenarnya tidak yakin dengan hujah penulis artikel di atas secara total ler. Tak bolehlah kata tak betul kan. Ada yang benar.

Hakikatnya memang ramai pelajar sains yang masuk usrah(pengalaman aku kat universiti tempatan)tapi bukan majoriti. Aku rasa ler. Kita sebenarnya tak tahu percentage nya.

Menurut penulis, ramai pelajar kejuruteraan; dan mereka ini pelajar natijah sains berbanding pencipta. Maksudnya ada kaitan dari segi kita belajar sains dan kemudian menjurus ke arah fundamentalis?

Dari segi sejarah memang ada kajian, terutama menjurus pada abad ke 17 dan awal abad 18 di Paris. Tempat seperti L'Ecole Polytechnique menjadi sarang gejala saintisme.

Tapi agak macam tak kena la nak kaitkan situasi itu ngan gejala usrah sekarang, di Malaysia. Maksud aku pandangan penulis artikel-"Sains tulen tentunya juga dapat memastikan keterbukaan minda seperti itu tetapi itu hanya jika ia diajar dalam cara yang betul dan sekiranya ia tidak dipisahkan dari teori sehingga yang tinggal dalam kandungannya hanya teknik. Selain itu, menurut pemerhatian, fundamentalis lebih ramai dalam jurusan kejuruteraan berbanding sains. Dalam ertikata lain, mereka lebih merupakan pengguna natijah sains dan bukannya pencipta."

Kaitan antara sains yang salah diajar/saintisme/sains sarat positivisme dengan usrah agak kabur.

Bagi aku ngan pengalaman cetek yang ada ni, usrah tumbuh mekar kerana "the ideal of conscious control at social phenomenon". Perenggan2 awal artikel menarik perhatian aku sebenarnya. Sebab aku rasa keinginan untuk kontrol/ubah/ merubah segala yang 'buruk' dalam masyarakat maka pelajar universiti samaada pelajar sains atau humanities masuk usrah. Bukanlah kerana sains positivisme sangat.

Mencapai ideal yang terbaik; The final solution adalah cita mereka sebenarnya. Pada pandangan aku ler.

Terpengaruh dengan dakyah dan machinery propaganda gerakan islam maka diagnosis kemunduran umat islam ialah permasalahan moral. Tak jauh beza ngan mekanisme dakyah pro kerajaan. Cuma solusi kumpulan iniialah kerajaan pimpinan UMNO. Jadi kembali kepada diagnosis gerakan islam:Umat mundur kerana tak ikut sunnah atau menjunjung syariat. Tak heranlah bagi merka ni jalan penyelesaian ialah legal. Di sini aku nampak kaitan positivisme. Tapi bukan kerana insitusi pengajian sains saja. Kerana negara kita memang tumbuh mekar aliran positivisme ni termasuklah dalam humanities. Contoh incest, rogol dan mat rempit aja, hah penyelesaiannya undang2 yang lebih ketat.

Sori melalut plak. Jadi pertama-tamanya aku rasa segala senior usrah harus mewujudkan rasa kekitaan dulu ler. Macam mana? Timbulkan rasa 'takut' dan 'harapan'.

Apa lagi discourse of fear ler. Wujudkan common enemy. Lagi boleh generalisasi lagi bagus. Kemudian sama-sama(usrah) cari jawapan, buat fotress. Buatkan identiti. Sebagai contoh ana-anta.

Kaki Bangku said...

Sahabat, aku rasa sahabat tersilap memahami konsep positivsm. Positivism ni aliran epistemologi yang kata kebenaran hanya boleh dapat dari kaedah sains. Sains positivisme boleh jadi sains tabie mahupun sains sosial dan kemanusiaan.

Dan aku tak pernah dengar orang masuk usrah sebab nak lakukan perubahan sosial dan legal. Yang ada ialah orang meninggalkan usrah sebab tak nampak usrah ni mampu melakukan perubahan besar.

Anonymous said...

Ooo....aku pun rasa pemahaman ku tentang positivism pun mcm 2. Mungkin penerangan aku mengelirukan....jarang menulis.

Cuma aku nak kata tesis untuk mengaitkan pengalaman Peranchis yang terkesan dengan fenomena saintisme pada abad 18 dan awal abad 19 dengan usrah di universiti tempatan sebagai contoh adalah kabur.

Saintisme yang merujuk, at least la kpd proses pemindahan metodologi sains yang sarat dengan pengaruh Cartesian ke dalam sains sosial, tidak lah pada aku penyumbang besar pelajar sains atau tidak sains join usrah. Jadi penyataan penulis artikel,"Sains tulen tentunya juga dapat memastikan keterbukaan minda seperti itu tetapi itu hanya jika ia diajar dalam cara yang betul dan sekiranya ia tidak dipisahkan dari teori sehingga yang tinggal dalam kandungannya hanya teknik. Selain itu, menurut pemerhatian, fundamentalis lebih ramai dalam jurusan kejuruteraan berbanding sains. Dalam ertikata lain, mereka terjerumus menjadi fundamentalis kerana lebih merupakan pengguna/pelajar natijah sains dan bukannya pencipta", bukanlah satu hujah kuat, pada pandangan aku.

Aku cuba mengangkat pandangan bila mana pendidikan sains tidak bersamaan dengan modenisasi minda ia juga bukanlah penyebab utama sesetengah pelajar sains masuk usrah. Samada mereka pelajar natijah sains ataupun pencipta sekalipun, pembelajaran/pendidikan sains yang positivistik ini tidak menyumbang kepada mereka menjadi fundamentalis ataupun tidak.

Bagi aku mereka join usrah sememangnya kerana mahu dan boleh untuk mencapai "the ideal of conscious control at social phenomenon". Bukankah untuk merubah masyarakat menjadi lebih baik itu salah satu bentuk perubahan sosial( sekurang-kurangnya bagi pendukung jemaah islam)? Diagnosis mereka ialah masyarakat teruk=umat lemah, jadi slogan apa lagi yang paling terkenal selain tegakkan hukum hudud? Bagi mereka ini ialah solusi yang hakiki, iaitu penegakan hukum syariat dan negara islam= umat akan kembali kuat, kata lain mengembalikan 'khilafah yang hilang'. Ini ialah pengalaman aku yang 'tersentuh' dengan usrah di universiti tempatan la.

Yang menariknya pabila sampai ke peringkat ini, kita lihat behaviour serta pemikiran mereka sememangnya terpengaruh dengan saintisme. Walaupun seperti yang aku arguekan di atas, asas budak-budak join usrah bukanlah kerana terperangkap dengan sains positivisme, tapi di level ini mereka mulai mengambil bentuk positivistik. Sebagai contohnya negara yang ingin diwujudkan sememangnya mengambil peran sebagaimana negara komunis dan fasis nazi. Negara yang merasakan mereka boleh regulate semua behaviour rakyatnya.

Anonymous said...

Ya, dalam debat tentang saintisme dan positivisme, sains sosial atau sains kemanusiaan memang "tertundukkan" untuk meniru, mengadaptasi dan "berlagak" macam sains tulen (positivist) di bawah pengaruh fahaman saintisme.

Kononnya sains tulen itu lebih "objektif" berbanding sains sosial, maka tingkat kebenaran sains tulen (sekali lagi, yang positivist itu) lebih tinggi daripada sains sosial, sains kemanusiaan, agama atau filsafat.

Tentang hubungan positivisme/saintisme dengan fundamentalisme Islam (dah usrah), saya akan menulis lagi di sini atau artikel khusus (jika sempat).

ummBaraqah said...

cukup x tahan dan hanya mahu memberi komen..sungguh banyak komentator Muslim di seluruh dunia...what have u done?