Jonathan Haidt, seorang profesor madya di Universiti Virginia dalam bidang psikologi masyarakat dan menumpukan pada psikologi moral, cuba merumuskan asas-asas utama moraliti. Katanya, ada lima asas. Tetapi kaum liberal hanya mengenali dua daripadanya, sementara mereka yang konservatif mengenali tiga lagi asas tersebut.
Asas-asas inilah yang menjadikan sebab/punca sisi pandang kaum liberal berbeza sama sekali dengan sisi pandang golongan konservatif.
Kaum liberal mengenali dua asas moraliti tersebut: (1) Gangguan/kerosakan kepada pihak lain, (2) keadilan/timbal balas. Manakala golongan konservatif melihat tiga asas lagi: (3) perasaan orang lain dalam kumpulan/kesetiaan pada nilai sekumpulan (4) hirarki/ tata susun masyarakat/ hormat atau akur pada pihak berkuasa/berwajib, dan (5) keaslian/sumber asal.
Kajian Haidt (sebut: Hait) ini boleh membuka mata kedua-dua pihak, sama ada liberal atau konsrvatif. Dan, saya kira, sangat berguna dalam penghujahan masyarakat Melayu-Islam yang sering (kelihatannya) obsesif dengan isu moral dan tidak bermoral.
Bagaimanapun, saya cenderung menyatakan, kajian Haidt ini lebih menggembirakan golongan konservatif!
[ii]
Sudah tiga hari tiga malam saya bergelumang dengan idea dan analisis Haidt. Nanti saya sambung ..../
Untuk permulaan, tonton dua video seperti di bawah. Baca artikel ini: Moral psychology and the misunderstanding of religion dan ini When morality opposes justice: Conservatives have moral intuitions that liberals may not recognize.
Selepas itu, boleh ulas di bawah ...!
Bacaan lanjut:
>>> Political and religious ideologies: Al-Qaeda and the five foundations of morality (nota slaid)
>>> When morality opposes justice: Conservatives have moral intuitions that liberals may not recognize (makalah, format PDF) wajib baca
>>> Wawancara majalah 'Believer' bersama Jonathan Haidt
>>> Ceramah di persidangan 'New Yorker 2012' (video 15 minit)
>>> Ceramah di persidangan 'Beyond Belief: Enlightenment 2.0' (video 30 minit) wajib lihat
>>> Is ‘do unto others’ written into our genes? (New York Times, 18 Sept 2007) wajib lihat
>>> Moral psychology and the misunderstanding of religion (Edge) wajib baca
Sunday, February 10, 2008
Monday, July 30, 2007
Kajian Liberalisme
Kepada peminat, pengkritik dan pengecam idea-idea liberalisme, sekarang kita semakin mudah mengkaji beberapa dasar pemikiran ini melalui makalah pemikir-pemikirnya yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu.
Bahan-bahan itu dimuatkan di sini: Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) terbitan FNS dan disusun seperti berikut (bagi setiap bab): Pengarang: Tajuk makalah (muka surat)
Ludwig von Mises: Liberalisme - satu rekod kejayaan (8)
John Locke: Seruan untuk toleransi (19)
William Leggett: Hak rakyat (23)
Wilhelm von Humboldt: Tujuan kewujudan manusia (27)
Adam Smith: Pasaran dan individu (33)
Frederic Bastiat: Kebebasan sebagai persaingan (37)
Edmund Burke: Prinsip reformasi (44)
John Stuart Mill: Kebebasan dan pendidikan (49)
David Hume: Kepentingan diri dan keadilan (53)
Friedrich August von Hayek: Fiksyen keadilan sosial (61)
John Prince-Smith: Kebebasan perdagangan (68)
Jose Ortega y Gasset: Kezaliman rakyat massa (77)
Robert Nozick: Utopia (83)
>>> Dapatkan semua bahan itu dalam format PDF di sini, Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) atau boleh dibaca bab demi bab secara berasingan.
Bahan-bahan itu dimuatkan di sini: Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) terbitan FNS dan disusun seperti berikut (bagi setiap bab): Pengarang: Tajuk makalah (muka surat)Ludwig von Mises: Liberalisme - satu rekod kejayaan (8)
John Locke: Seruan untuk toleransi (19)
William Leggett: Hak rakyat (23)
Wilhelm von Humboldt: Tujuan kewujudan manusia (27)
Adam Smith: Pasaran dan individu (33)
Frederic Bastiat: Kebebasan sebagai persaingan (37)
Edmund Burke: Prinsip reformasi (44)
John Stuart Mill: Kebebasan dan pendidikan (49)
David Hume: Kepentingan diri dan keadilan (53)
Friedrich August von Hayek: Fiksyen keadilan sosial (61)
John Prince-Smith: Kebebasan perdagangan (68)
Jose Ortega y Gasset: Kezaliman rakyat massa (77)
Robert Nozick: Utopia (83)
>>> Dapatkan semua bahan itu dalam format PDF di sini, Bacaan Liberalisme (teks lengkap buku) atau boleh dibaca bab demi bab secara berasingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

